KISAH RASUL-RASUL 14:27 - Bandingkan Semua Versi
KISAH RASUL-RASUL 14:27 BM (Alkitab Berita Baik)
Apabila mereka tiba di Antiokhia, mereka mengumpulkan jemaah di situ dan menceritakan segala yang sudah dilakukan oleh Allah melalui mereka. Mereka memberitahu bahawa Allah sudah membuka jalan supaya orang bukan Yahudi percaya kepada Yesus.
KISAH RASUL-RASUL 14:27 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Setelah sampai di sana, mereka menghimpunkan jemaah lalu menceritakan segala yang telah dilakukan Allah melalui mereka dan bagaimana Allah telah membukakan pintu kepercayaan bagi orang bangsa asing.
KISAH RASUL-RASUL 14:27 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Maka apabila marika itu sampielah kŭsana, sŭrta sudah dihimponkannyalah sidang jŭmaah, maka dichŭrtrakannyalah sagala pŭrkara yang tŭlah diadakan Allah dŭngan marika itu, dan bagimana hal iya tŭlah mŭmbuka pintu iman bagie orang sŭsat.