KISAH RASUL-RASUL 14:2-6 - Bandingkan Semua Versi
KISAH RASUL-RASUL 14:2-6 BM (Alkitab Berita Baik)
Tetapi orang Yahudi yang tidak mahu percaya kepada Yesus, menghasut orang bangsa lain sehingga mereka membenci orang yang percaya kepada Yesus. Rasul-rasul tinggal lama di situ dan berkata-kata dengan berani tentang Tuhan. Tuhan pun membuktikan bahawa perkhabaran mereka tentang kasih-Nya itu benar dengan memberi mereka kuasa melakukan mukjizat dan perkara-perkara yang luar biasa. Penduduk di bandar itu terbahagi menjadi dua golongan: ada yang berpihak kepada orang Yahudi dan ada yang berpihak kepada rasul-rasul itu. Lalu orang Yahudi dan orang bukan Yahudi bersama-sama para pemimpin mereka bersepakat untuk menganiaya dan merejam rasul-rasul itu. Apabila rasul-rasul mengetahui hal itu, mereka lari ke Listra dan Derbe, bandar-bandar di Likaonia dan ke daerah di sekitarnya.
KISAH RASUL-RASUL 14:2-6 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Akan tetapi, orang Yahudi yang tidak mahu percaya kepada Yesus menghasut orang bangsa lain sehingga mereka marah dan menentang murid Yesus. Rasul-rasul itu tinggal lama di situ dan berkata-kata dengan berani tentang Tuhan. Tuhan pun menunjukkan kebenaran kata-kata mereka tentang kasih kurnia-Nya dengan memberi mereka kuasa melakukan pelbagai tanda dan mukjizat. Penduduk bandar itu terbahagi dua: sebahagian memihak kepada orang Yahudi dan yang sebahagian lagi kepada rasul-rasul itu. Kemudian orang Yahudi dan bangsa lain serta ketua-ketua mereka berpakat untuk menganiaya dan merejam rasul-rasul itu. Apabila rasul-rasul itu mendapat tahu tentang hal itu, mereka lari ke Listra dan Derbe, kota-kota di Likaonia, serta daerah sekitarnya.
KISAH RASUL-RASUL 14:2-6 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Bŭrmula adapun orang orang Yahudi yang tiada pŭrchaya itu, mŭnghasutlah iya akan orang orang sŭsat, dan mŭnjadi ingatannya jahat akan mŭlawan saudara saudara itu. Maka tinggallah marika itu bŭbrapa lamanya, sambil mŭngajar dŭngan gagah bŭrani kŭrna nama Tuhan, akan mŭnjadi saksi atas anugrah pŭrkataannya, sŭrta dibrinya bŭbrapa tandah dan ajaib, supaya diadakan ulih tangan marika itu. Maka sagala rayat dalam nŭgri itu pun bŭrbahgilah; ada sŭtŭngah orang disŭblah orang Yahudi, dan yang sŭtŭngah orang disŭblah rasol rasol itu. Maka apabila orang orang sŭsat, dan orang Yahudi, sŭrta dŭngan pŭnghulu pŭnghulunya sŭrbu handak mŭngannyakan, sŭrta mŭrŭjam akan rasol rasol itu: Maka sŭtlah dikŭtahuilah ulih marika itu akan hal yang dŭmkian, larilah iya kanŭgri Listra dan Derbi, iya itu nŭgri nŭgri Likaonia, dan kapada jajahan yang dikliling itu.