Langkau ke kandungan

KISAH RASUL-RASUL 12:20 - Bandingkan Semua Versi

KISAH RASUL-RASUL 12:20 BM (Alkitab Berita Baik)

Raja Herodes sangat murka terhadap orang Tirus dan Sidon. Oleh itu mereka datang bersama untuk menghadap Raja Herodes. Mula-mula mereka meyakinkan Blastus, orang yang mengepalai istana Raja Herodes, supaya memihak mereka. Kemudian mereka pergi menghadap Raja Herodes dan minta berdamai, kerana bekalan makanan negeri mereka bergantung kepada negeri Raja Herodes.

KISAH RASUL-RASUL 12:20 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Raja Herodes amat murka terhadap orang Tirus dan Sidon. Oleh yang demikian, mereka datang bersama-sama untuk menghadap Raja Herodes. Pertama sekali mereka mendapatkan sokongan Blastus, ketua istana Raja Herodes. Selepas itu, mereka menghadap Raja Herodes dan meminta berdamai, kerana bekalan makanan negeri mereka bergantung kepada negeri Raja Herodes.

KISAH RASUL-RASUL 12:20 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

¶ Alkesah maka Herodis pun tŭrlalulah sangat marahnya kapada orang nŭgri Thor dan Sidon: tŭtapi datanglah marika itu dŭngan satu hati mŭngadap akan dia, sŭtlah sudah dibuatnya sahabat akan Blastus, pŭnghulu bilek pŭraduan raja itu, lalu dipintanya damie; kŭrna nŭgrinya itu tŭrpliharalah ulih nŭgri raja itu.