KISAH RASUL-RASUL 10:37-39
KISAH RASUL-RASUL 10:37-39 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudara-saudara mengetahui apa yang telah berlaku di seluruh Yudea, mulai dari Galilea, setelah baptisan yang diberitakan oleh Yohanes. Saudara-saudara tahu bahawa Allah telah memilih Yesus orang Nasaret itu dan memberi Dia Roh Allah dan kekuasaan. Yesus pergi ke serata tempat untuk berbuat baik dan menyembuhkan semua orang yang dikuasai oleh Iblis, kerana Allah menyertai Yesus. Kami saksi yang sudah melihat segala sesuatu yang dilakukan-Nya di negeri Yudea mahupun di Yerusalem. Kemudian mereka menyalibkan Dia dan membunuh Dia.
KISAH RASUL-RASUL 10:37-39 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka fŭrman itulah kamu pun tŭlah mŭngtahui yang tŭlah mashor pada sagala tanah Yahuda, mulanya deri Galilia, iya itu kumdian deri pada baptisan yang tŭlah dimashorkan ulih Yahya. Bagimana hal Allah tŭlah mŭlantek akan Isa orang Nazareth itu dŭngan Roh Alkudus, dan dŭngan kwasa, maka iyalah mŭnjalani kliling sambil bŭrbuat baik, dan mŭnyŭmbohkan sagala orang yang digagahi ulih Iblis, kŭrna Allah ada mŭnyŭrtai dia. Maka kami inilah saksinya derihal sagala pŭrkara yang tŭlah dipŭrbuatnya, baik dalam bŭnua orang Yahudi, baik diJerusalem; maka tŭlah dibunoh orang akan dia dŭngan digantongkan dikayu.
KISAH RASUL-RASUL 10:37-39 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudara tahu akan apa yang berlaku di seluruh Yudea mulai dari Galilea, selepas baptisan yang dikhabarkan oleh Yohanes. Perkhabaran itu tentang Yesus orang Nazaret, betapa Allah telah memilih-Nya sebagai Kristus dan memberi-Nya Roh Kudus serta kuasa. Dia telah pergi ke merata-rata membuat kebajikan dan menyembuhkan orang yang diseksa oleh Iblis, kerana Allah menyertai Yesus. Kami ini menjadi saksi akan segala yang dilakukan-Nya di tanah orang Yahudi malah juga di Yerusalem. Dia telah dibunuh dengan disalib