2 TIMOTIUS 2:1-4
2 TIMOTIUS 2:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Timotius, anakku! Kuatkanlah dirimu dengan rahmat-Nya yang menjadi milik kita, kerana kita bersatu dengan Kristus Yesus. Ajaran yang engkau dengar ketika aku mengisytiharkannya di hadapan banyak saksi, hendaklah engkau percayakan kepada orang yang boleh dipercayai dan yang dapat mengajar orang lain. Engkau juga harus turut menderita sebagai askar Kristus Yesus yang setia. Seorang askar yang sedang bertugas ingin menyenangkan hati komandannya. Dia tidak membabitkan diri dengan urusan orang awam.
2 TIMOTIUS 2:1-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA sŭbab itu, angkau, hie anaku, kukohkanlah dirimu dalam anugrah, iya itu yang ada dalam Isa Almasih. Maka pŭrkara pŭrkara yang tŭlah angkau mŭnŭngar deripada aku itu, diantara bŭbrapa orang saksi, sŭrahkanlah itu kapada orang orang yang sŭtiawan, yang layak akan mŭngajarkan orang lain lain pula. Maka sŭbab itu handaklah angkau ini mŭnahan kasukaran, spŭrti sa’orang soldadu Isa Almasih yang baik adanya. Maka tiadalah barang sa’orang bŭrprang itu mŭngusutkan dirinya dalam pŭncharian dunia ini; supaya dia bulih mŭnyukakan akan orang yang mŭnjadikan dia soldadu itu
2 TIMOTIUS 2:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Anakku, kuatkan dirimu dengan kasih kurnia yang ada dalam Kristus Yesus. Segala yang telah kaudengar daripadaku di hadapan saksi yang ramai, sampaikan kepada orang setia yang dapat mengajarkannya kepada orang lain pula. Kamu mestilah ikut serta menanggung kesusahan sebagai seorang askar yang baik di bawah Kristus Yesus. Seseorang yang memegang tugas dalam peperangan tidak akan melibatkan dirinya dengan hal ehwal kehidupan ini, supaya dia mendapat keredaan orang yang mengambilnya sebagai askar.