2 TIMOTIUS 1:6-12
2 TIMOTIUS 1:6-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Itulah sebabnya aku mengingatkan engkau supaya sentiasa menggunakan pemberian yang dikurniakan oleh Allah kepadamu pada waktu aku meletakkan tanganku pada kepalamu. Roh yang diberikan oleh Allah kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Allah melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri. Oleh itu, janganlah malu memberikan kesaksian tentang Tuhan kita dan juga janganlah malu akan aku, yang dipenjarakan kerana Kristus. Sebaliknya, hendaklah engkau dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah, turut menderita untuk Berita Baik itu. Allah menyelamatkan dan memanggil kita menjadi umat-Nya sendiri, bukan kerana apa yang sudah kita lakukan, tetapi kerana tujuan-Nya dan rahmat-Nya sendiri. Dia memberikan kita rahmat-Nya melalui Kristus Yesus sebelum dunia ini diciptakan. Tetapi sekarang rahmat-Nya telah dinyatakan kepada kita dengan kedatangan Penyelamat kita, Kristus Yesus. Yesus sudah mengalahkan kuasa kematian dan membawa hidup yang kekal melalui Berita Baik itu. Allah sudah melantik aku menjadi rasul dan guru untuk mengisytiharkan Berita Baik itu. Itulah sebabnya aku menderita semua ini. Tetapi aku tetap yakin, kerana aku mengenal siapa yang aku percayai. Aku yakin bahawa Dia berkuasa menjaga apa yang telah dipercayakan-Nya kepadaku sehingga Hari Kiamat.
2 TIMOTIUS 1:6-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itulah aku mŭngingatkan dikau, supaya mŭnggalakkan anugrah Allah yang ada dalam hatimu itu, sŭbab aku tŭlah mŭmbuboh tanganku ka’atasmu itu. Kŭrna tiada dibri Allah pada kami Roh yang katakotan; mŭlainkan bŭrkwasa, dan kasih, dan akal yang tŭgoh. Maka sŭbab itu janganlah kiranya angkau malu bŭrsaksi deri hal Tuhan kami, atau derihalku, orang yang tŭrpŭnjara kŭrna Tuhan: tŭtapi handaklah angkau mŭnjadi orang mŭnanggong kasusahan Injil itu mŭnurot kwasa Allah. Yang tŭlah mŭmbri slamat, dan mŭnjŭmpot kami dŭngan jŭmpotan yang suchi, bukannya deri sŭbab amal kami, mŭlainkan mŭnurot kahandak dan anugrahnya sŭndiri, yang tŭlah dikurniakannya kapada kami dŭngan bŭrkat Isa Almasih, iya itu dahulu deripada pŭrmulaan dunia. Tatapi pada skarang ini tŭlah dinyatakannya sŭbab kadatangan Isa Almasih, pŭnulong kami yang tŭlah mŭnghapuskan maut, dan yang tŭlah mŭmbawa akan hidop, dan kŭkal kapada trang dŭngan bŭrkat Injil: Maka deri sŭbab itulah aku ini tŭlah dijadikan utusan, dan sa’orang rasul, dan guru orang orang sŭsat. Kŭrna sŭbab yang dŭmkianlah akupun mŭrasai pŭrkara pŭrkara ini: kŭndatilah, tiada aku malu: kŭrna kukŭtahui kapada siapa yang aku tŭlah pŭrchaya, sŭrta yakinlah aku Tuhan chakap mŭnyimpan itu, yang tŭlah kusŭrahkan kapadanya sŭbab hati itu.
2 TIMOTIUS 1:6-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, aku mengingatkanmu supaya menggerakkan kurnia Allah yang berada dalam dirimu sejak aku meletakkan tangan ke atasmu. Allah tidak memberi kita roh ketakutan, tetapi kuasa, kasih dan tatatertib. Oleh yang demikian, janganlah berasa malu untuk memberikan kesaksian tentang Tuhan kita atau malu bahawa aku terpenjara kerana-Nya, tetapi ikut serta menanggung penderitaan kerana Injil menurut kuasa Allah. Allah menyelamatkan kita dan memanggil kita untuk hidup suci, bukanlah kerana amalan yang telah kita lakukan, tetapi kerana tujuan dan kasih kurnia-Nya yang telah dianugerahkan-Nya kepada kita dalam Kristus Yesus sebelum permulaan zaman. Sekarang segala ini telah dinyatakan dengan kedatangan Penyelamat kita Kristus Yesus, yang melenyapkan kematian dan memberikan penerangan tentang hidup kekal selama-lamanya melalui Injil. Aku telah ditugaskan menjadi seorang daripada pemberita Injil, rasul, dan guru. Oleh itu, aku menanggung segala penderitaan ini. Namun demikian, aku tidak berasa malu, kerana aku tahu akan Tuhan yang kupercayai dan aku yakin Dia dapat memelihara apa yang kuserahkan kepada-Nya hingga pada Hari itu.