2 TESALONIKA 3:2-3 - Compare All Versions

2 TESALONIKA 3:2-3 BM (Alkitab Berita Baik)

Berdoalah juga supaya Allah menyelamatkan kami daripada orang yang kejam dan jahat, kerana tidak semua orang percaya kepada perkhabaran itu. Tetapi Tuhan kita setia. Dia akan menguatkan kamu dan menyelamatkan kamu daripada Si Jahat.

2 TESALONIKA 3:2-3 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Danlagi supaya kami tŭrlŭpaslah deripada sagala orang yang tŭgar hatinya dan jahat, kŭrna sagala orang tiada bŭriman. Mŭlainkan sŭtiawanlah kiranya Tuhan yang akan mŭnŭtapkan, dan mŭmliharakan kamu deripada yang jahat.

2 TESALONIKA 3:2-3 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Doakan semoga Allah menyelamatkan kami daripada orang yang mungkar dan durjana, kerana bukan semua orang mempunyai iman. Tetapi Tuhan setia dan akan menguatkan kamu serta melindungimu daripada si durjana.