2 TESALONIKA 2:1-2
2 TESALONIKA 2:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Tentang kedatangan Tuhan kita Yesus Kristus dan tentang hal kita dikumpulkan bersama-sama Dia kelak, aku menggesa kamu, saudara-saudaraku supaya hal-hal ini tidak berlaku. Janganlah kamu gelisah, dan janganlah fikiran kamu cepat dikelirukan kerana orang berkata bahawa hari kedatangan Tuhan sudah tiba. Mungkin ada yang berpendapat bahawa kami mengatakan demikian semasa bernubuat atau mengajar atau menulisnya di dalam surat.
2 TESALONIKA 2:1-2 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA skarang pŭrmintaan kami kapada kamu, saudara saudara, deri hal kadatangan Tuhan kami Isa Almasih, dan deri hal pŭrhimponan kami akan mŭndapatkan dia. Maka janganlah sŭgra ingatan kamu bŭrgrak, atau mŭnjadi susah, baik dŭngan kanyataan Roh, baik dungan pŭrkataan, atau deri hal surat kiriman yang datang deripada kami, spŭrti hari Almasih itu sudah hampir.
2 TESALONIKA 2:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sekarang, saudara-saudaraku, tentang kedatangan Tuhan kita Yesus Kristus dan betapa kita akan dikumpulkan bersama-Nya kelak, kami menyerumu, janganlah kamu mudah keliru atau goyah jika orang berkata hari Tuhan sudah tiba kerana kononnya kami yang mengatakan begitu melalui nubuat, ajaran atau surat.