2 TESALONIKA 1:1-4
2 TESALONIKA 1:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Surat ini daripada Paulus, Silas, dan Timotius, serta ditujukan kepada jemaah di Tesalonika, yang menjadi umat Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus. Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan. Saudara-saudaraku, kami harus sentiasa bersyukur kepada Allah kerana kamu. Memang sepatutnya kami berbuat demikian, kerana kamu semakin percaya kepada Yesus dan kamu semakin mengasihi satu sama lain. Itulah sebabnya kami membanggakan kamu antara jemaah Allah di tempat lain. Dengan bangga kami menceritakan bagaimana kamu tetap percaya kepada Kristus semasa mengalami penganiayaan dan penderitaan.
2 TESALONIKA 1:1-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
BAHWA Paulus, dan Silvanus, dan Timothius, iya itu datang kapada sidang jumaah orang Thessalonika, yang dalam agama Allah Ayah kami, dan Tuhan Isa Almasih. Maka anugrah, dan sŭjahtralah deripada Allah Ayah kami dan Tuhan Isa Almasih atas kamu. Saudara saudara, ta’dapat tiada haruslah kiranya kami mŭnguchap shukor kapada Allah pada sŭdiakala kŭrna kamu, ulih sŭbab iman kamu bŭrtambah tambah sangat, dan kasih masing masing kamu sa’orang dŭngan sa’orang tŭrlempahlah. Dŭngan hal yang dŭmkian kami sŭndiri mŭmŭgahkanlah akan kamu dalam sagala sidang jŭmaah Allah, deri kŭrna sabar dan iman kamu dalam sagala annyaya, dan kasukaran yang kamu tinggal.
2 TESALONIKA 1:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Daripada Paulus, Silwanus dan Timotius, Kepada jemaah di Tesalonika dalam Allah Bapa kita dan dalam Tuhan Yesus Kristus: Semoga kasih kurnia dan kesejahteraan Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus menyertaimu. Kami mesti sentiasa bersyukur kepada Allah keranamu, saudara-saudaraku. Ini memang sepatutnya, kerana imanmu bertambah teguh dan kamu semakin kasih-mengasihi. Dengan demikian kami berbangga denganmu di antara jemaah Allah kerana kesabaran dan imanmu menanggung segala penganiayaan serta kesengsaraan.