2 SAMUEL 1:23-27
2 SAMUEL 1:23-27 Alkitab Berita Baik (BM)
Raja Saul dan Yonatan, disukai dan dikasihi, tidak berpisah dalam hidup dan mati; mereka lebih tangkas daripada burung rajawali, dan lebih kuat daripada singa. Hai wanita Israel, berkabunglah bagi Raja Saul. Baginda mendandani kamu dengan pakaian merah yang mewah, baginda menghiasi kamu dengan emas dan permata. Para pahlawan sudah gugur, terbunuh di medan pertempuran. Yonatan terbunuh di perbukitan. Aku bersedih keranamu, hai Yonatan, saudaraku. Alangkah baiknya engkau terhadapku! Alangkah mulianya kasihmu terhadapku, bahkan lebih mulia daripada kasih wanita. Para pahlawan kita sudah gugur, senjata mereka terlantar dan sia-sia.”
2 SAMUEL 1:23-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saul dan Yonatan ialah orang yang dicintai dan yang menyenangkan, yang tidak terpisah dalam hidup dan mati mereka. Mereka lebih cepat daripada burung rajawali, mereka lebih kuat daripada singa. Wahai kaum wanita Israel, ratapilah Saul, yang mendandani kamu dalam kemewahan kain merah menyala, yang menyematkan segala perhiasan emas pada busanamu. Betapa telah gugur para kesateria dalam medan pertempuran! Yonatan terbunuh di kawasan bukit yang tinggi-tinggi. Hatiku sengsara kerana engkau, Yonatan, saudaraku. Terlalu ramah engkau kepadaku, ajaib kasihmu kepadaku, lebih daripada cinta kaum wanita. Betapa telah gugur para pahlawan dan musnah sudah segala senjata peperangan!