2 PETRUS 2:18-19 - Compare All Versions
2 PETRUS 2:18-19 BM (Alkitab Berita Baik)
Mereka membuat kenyataan yang sombong dan bodoh, serta menggunakan nafsu cabul untuk menjerumuskan orang yang baru sahaja terlepas daripada kalangan orang yang hidup sesat. Guru-guru palsu itu menjanjikan kebebasan kepada mereka, sedangkan guru-guru palsu itu diperhamba oleh kebiasaan yang membinasakan. Hal itu demikian, kerana seseorang yang dikalahkan, menjadi hamba kepada yang mengalahkannya.
2 PETRUS 2:18-19 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Apabila mereka mengeluarkan kata-kata yang hebat tetapi kosong, mereka menggunakan hawa nafsu dan keinginan cabul untuk menggoda orang yang baru terlepas daripada golongan yang hidup sesat. Mereka menjanjikan kebebasan, sedangkan mereka sendiri hamba kebinasaan — kerana seseorang yang dikalahkan itu menjadi hamba kepada yang mengalahkannya.
2 PETRUS 2:18-19 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Maka apabila marika itu mŭngluarkan pŭrkataan yang mŭngandong sia sia; dan dirahinya dŭngan hawa nafsu, sŭrta pula dŭngan bŭbrapa pŭrchabolan akan sagala orang yang tŭlah tŭrlŭpas dŭngan suchinya, deripada orang yang dudok dalam kasŭsatan. Maka sŭdang dijanjikannya kapada marika itu kabibasan, tapi marika itu sŭndiri mŭnjadi hamba kakotoran, kŭrna orang yang dikalahkan itu, iyalah juga mŭnjadi tawanannya.