2 KORINTUS 4:16-18
2 KORINTUS 4:16-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Itulah sebabnya kami tidak tawar hati. Meskipun tubuh kami ini menjadi reput, tetapi batin kami dibaharui setiap hari. Kesusahan yang kami alami ini hanya untuk sementara dan tidak seberapa banyak, tetapi akan mendatangkan kemuliaan yang luar biasa dan kekal. Kemuliaan itu jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kesusahan itu. Hal itu demikian kerana kami menumpukan perhatian kepada apa yang tidak kelihatan, dan bukan kepada apa yang kelihatan. Apa yang kelihatan hanya tahan sementara, tetapi apa yang tidak kelihatan itu kekal selama-lamanya.
2 KORINTUS 4:16-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itulah tiada kami bŭrlŭlah; tŭtapi mŭskipun binasa orang kami yang disŭblah luar itu, akan tŭtapi orang yang disŭblah dalam itu dibahrui pada tiap tiap hari. Kŭrna kasukaran kami yang ringan pada sa’kutika sahja lamanya, iya itu kŭlak mŭndatangkan bagie kami kamulian yang tŭrlebih lagi lempah sŭrta bratnya; Slama kami tiada mŭmandang akan pŭrkara pŭrkara yang klihatan itu, mŭlainkan pŭrkara pŭrkara yang tiada klihatan: kŭrna pŭrkara yang klihatan itu fana adanya, tŭtapi sagala pŭrkara yang tiada klihatan itu baka adanya.
2 KORINTUS 4:16-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengan demikian, kami tidak tawar hati. Walaupun manusia lahiriah kami kian merosot, namun manusia batiniah kami diperbaharu setiap hari. Kesusahan yang ringan dan hanya sedetik ini membawa bagi kami kemuliaan yang kekal tanpa bandingan. Kami tidak mementingkan hal-hal yang kelihatan, tetapi hal-hal yang tidak kelihatan; kerana yang kelihatan itu cuma sedetik, manakala yang tidak kelihatan itu kekal.