2 KORINTUS 4:1-2
2 KORINTUS 4:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Kami tahu bahawa kerana belas kasihan Allah, Dia sudah mengurniai kami tugas ini. Oleh itu kami tidak patah semangat. Kami tidak menggunakan cara gelap yang memalukan; kami tidak berusaha untuk menipu orang ataupun memutarbalikkan firman Allah. Allah saksi kami bahawa kami mengisytiharkan ajaran benar daripada Berita Baik secara terang-terang. Dengan perbuatan itu, kami berharap semua orang akan menilai kami dengan baik dalam hati mereka.
2 KORINTUS 4:1-2 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA sŭbab nyatalah ada pada kami jawatan ini, maka sŭmŭnjak kami sudah bŭrulih rahmat, ta’dalah kami bŭrlŭlah. Mŭlainkan kita sudah mŭmbuangkan pŭrkara pŭrkara yang tŭrsŭmbunyi yang mŭndatangkan malu, dan tiadalah kami mŭlakukan dŭngan akal jahat, atau mŭmakiekan pŭrtaan Allah itu dŭngan tipu daya, mŭlainkan dŭngan mŭnyatakan kabŭnaran itu, maka kami mŭngŭnalkan diri kami kapada angan hati sagala manusia dihadapan Allah.
2 KORINTUS 4:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, dengan belas kasihan Allah, kami mempunyai amanah pelayanan ini. Maka kami tidak tawar hati. Kami menolak semua perbuatan rahsia yang memalukan. Kami juga tidak melakukan tipu daya atau menyalahertikan firman Allah. Akan tetapi dengan menyatakan kebenaran, kami menyerahkan diri untuk dinilai oleh hati nurani semua orang di hadapan Allah.