2 KORINTUS 10:1-11

2 KORINTUS 10:1-11 Alkitab Berita Baik (BM)

Aku, Paulus memohon kepada kamu. Orang berkata bahawa aku ini lemah lembut apabila berhadapan dengan kamu, tetapi keras apabila jauh daripada kamu. Dengan kelembutan dan kebaikan hati Kristus, aku memohon supaya kamu tidak memaksa aku bersikap keras terhadap kamu apabila aku datang kelak. Aku tahu bahawa aku boleh bersikap keras terhadap orang yang mengatakan bahawa aku bekerja dengan tujuan duniawi. Memang benar kami ini hidup di dalam dunia, tetapi perjuangan kami tidak berdasarkan tujuan duniawi. Senjata yang kami gunakan dalam perjuangan, bukannya senjata dunia ini, melainkan senjata yang diberikan oleh Allah. Dengan senjata itu kami boleh menghancurkan pertahanan musuh; kami menghapuskan perdebatan dan mengatasi setiap alasan yang diajukan oleh orang sombong untuk menentang pengetahuan tentang Allah. Kami menawan fikiran orang supaya taat kepada Kristus. Setelah kamu membuktikan kesetiaan kamu, kami siap menghukum sesiapa pun yang tidak setia. Kamu melihat hal-hal secara zahir sahaja. Jika sesiapa mengaku dirinya milik Kristus, hendaklah dia berfikir lagi dan sedar bahawa kami juga milik Kristus seperti dia. Aku tidak malu walaupun aku terlalu membanggakan kekuasaan yang sudah diberikan oleh Tuhan kepada kami, kerana kekuasaan itu diberikan untuk membina kamu, bukannya untuk meruntuhkan kamu. Aku tidak mahu kamu berfikir bahawa aku menakutkan kamu dengan surat-suratku. Ada yang berkata, “Surat-surat Paulus itu keras dan tegas, tetapi apabila dia bersama-sama kita, dia lemah perangainya dan kata-katanya tidak bererti apa-apa!” Biarlah orang seperti itu sedar bahawa apabila kami bersama-sama kamu, kami akan bertindak seperti apa yang kami tulis dalam surat-surat kami.

2 KORINTUS 10:1-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

BAHWA skarang aku Paulus mŭmohonkan kapada kamu dŭngan rŭndah hati dan lŭmah lŭmbut Almasih, yang pada halir tŭrhina adanya aku ini diantara kamu, tŭtapi diblakang aku brani akan kamu. Maka aku mŭmohonkan, supaya apabila kŭlak aku halir, janganlah aku brani dŭngan katŭntuan, yang spŭrti kusangkakan handak mŭmbranikan diriku kapada bŭbrapa orang yang mŭmikirkan sa’olah olah kami ini mŭlakukan dŭngan mŭnurot hawa nafsu. Kŭrna sungguhpun kami mŭlakukan dalam nafsu itu, tŭtapi tiada kami bŭrprang mŭnurot hawa nafsu: Kŭrna sagala sŭnjata pŭprangan kami itu bukannya hawa nafsu, hanya kwasa deripada Allah akan mŭrobohkan sagala kubu yang tŭgoh tŭgoh; Mŭnyampakkan sangka sangka, dan tiap tiap suatu pŭrkara yang mŭninggikan dirinya akan mŭlawan pŭngatahuan Allah, sŭrta mŭmbawa kapada tawanan tiap tiap fikiran akan mŭnurot Almasih; Maka bŭrlangkaplah kami akan mŭmbalas sagala dŭrhaka, apabila taalok kamu itu tŭlah gŭnap. Adakah kami mŭmandang sagala pŭrkara itu dŭngan ukoran mata? jikalan barang sa’orang yang harap akan dirinya sŭndiri iya umat Almasih, maka handaklah iya bŭrfikir pula sŭndiri, spŭrti iya umat Almasih, dŭmkianlah juga kami pun umat Almasih adanya. Kŭrna sungguhpun aku bulih mŭmŭgahkan brapa lebih akan kwasa kami, yang tŭlah dikurniakan Tuhan kapada kami akan mŭmbaiki, bukannya akan mŭmbinasakan kamu, tiadaklah kulak aku malu. Supaya jangan tampaknya aku handak mŭnakoti kamu dŭngan surat surat kiriman itu. Kŭrna marika itu bŭrkata, surat suratannya itu brat dan kras adanya; tŭtapi tŭtkala batang tubohnya bŭrhalir lŭmah, dan pŭrkataannya pun hina adanya. Maka biarlah sianu itu bŭrfikir dŭmkian, bagimana kiranya yang ada pŭrkataan kami dalam surat surat kiriman itu tŭtkala kami tiada halir, dŭmkianlah sŭsungguh sungguh adanya tŭtkala kami halir.

2 KORINTUS 10:1-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Sekarang aku, Paulus, yang gementar ketika berhadapan denganmu tetapi berani ketika berjauhan, memohon sesuatu kepadamu atas sifat Kristus yang lemah lembut dan rendah hati. Aku memohon kepadamu, apabila aku datang nanti, janganlah sampai aku terpaksa menunjukkan keberanian di hadapanmu. Aku memang berniat untuk bertindak begitu terhadap beberapa orang yang menyangka bahawa kami hidup seperti orang duniawi. Walaupun kami hidup di dunia, kami tidaklah berjuang secara duniawi. Senjata-senjata kami bukanlah benda-benda duniawi tetapi kekuatan Ilahi untuk meruntuhkan benteng-benteng, mematahkan hujah-hujah dan segala yang meninggikan diri menentang pengenalan Allah, menundukkan semua fikiran supaya mematuhi Kristus, serta bersedia menghukum segala keingkaran terhadap Allah apabila ketaatanmu disempurnakan. Kamu hanya melihat sesuatu berdasarkan lahiriahnya. Jika seseorang yakin dalam hatinya bahawa dia milik Kristus, hendaklah dia memikirkan pula, bahawa sebagaimana dia milik Kristus, begitu jugalah kita ini milik Kristus. Kalaupun aku berbangga lebih sedikit tentang kewibawaan kami, yang diberikan oleh Tuhan kepada kami untuk membangunkan dan bukan membinasakan kamu, aku tidak akan berasa malu. Aku tidak mahu kamu menyangka bahawa aku hendak menakut-nakutkanmu dengan surat-suratku. Ada yang berkata, “Surat-suratnya bernas dan tegas, tetapi apabila berhadapan muka, dia kelihatan daif dan pertuturannya pun tidak memberikan kesan.” Orang yang berkata demikian haruslah menimbangkan hal ini: Bahawa sebagaimana kata-kata kami dalam surat ketika berjauhan, begitulah juga tindakan kami apabila berhadapan kelak.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami