2 KORINTUS 1:8-11
2 KORINTUS 1:8-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudara-saudaraku, kami mahu kamu mengetahui kesusahan yang kami alami di wilayah Asia. Penderitaan yang kami tanggung itu sedemikian berat sehingga kami kehilangan harapan untuk hidup. Kami berasa seolah-olah sudah dijatuhi hukuman mati. Tetapi sebenarnya perkara itu berlaku, supaya kami tidak bergantung kepada diri sendiri, melainkan kepada Allah yang membangkitkan orang mati. Dia sudah menyelamatkan kami daripada bahaya kematian yang besar itu, dan Dia akan menyelamatkan kami. Kepada Dialah kami berharap, kerana Dia akan menyelamatkan kami lagi. Dengan bantuan doa kamu, kami yakin bahawa Allah akan memberkati kami sebagai jawapan kepada doa-doa kamu untuk kami. Lalu banyak orang akan bersyukur kepada Allah kerana kami.
2 KORINTUS 1:8-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna tiada kami kahandaki saudara saudara, supaya kamu mŭnjadi bodoh deri hal susah yang tŭlah datang kaatas kami diAsia, bahwa kami tŭlah tŭrsŭpit tŭrlebih deripada patut, yang bukan bukan tanggongan sampie putuslah harap kami yang bulih hidop lagi. Kŭrna adalah dalam kami sŭndiri hukum kŭmatian supaya jangan kami harap lagi akan diri kami, mŭlainkan kapada Allah yang mŭmbangkitkan orang mati. Yang tŭlah mŭlŭpaskan kami deripada kŭmatian yang sŭbŭsar itu, adalah iya sungguh mŭlŭpaskan kami, maka kami harap juga iya kŭlak mŭlŭpaskan kami. Maka kamu pun bŭrsama sama mŭnulongkan mŭmintakan doa akan kami supaya anugrah yang tŭlah dikurniakan ulih tulongan kabanyakkan orang itu, mŭnguchap shukorlah ulih kabanyakkan orang sŭbab kita.
2 KORINTUS 1:8-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kami juga hendak memberitahumu, saudara-saudara, tentang kesusahan yang telah menimpa kami di Asia Kecil. Beban kami sungguh berat, lebih daripada yang terdaya kami tanggung, sehingga kami putus asa untuk terus hidup. Kami berasa bagaikan telah dijatuhi hukum mati. Namun demikian, itu telah berlaku supaya kami tidak lagi berharap kepada diri sendiri tetapi kepada Allah yang menghidupkan semula orang mati. Dialah yang telah melepaskan kami daripada bahaya yang amat dahsyat, dan Dialah yang akan melepaskan kami. Kami menaruh harapan kepada-Nya, bahawa Dia akan melepaskan kami. Kamu juga harus menolong kami dengan doa, sehingga ramai orang bersyukur kepada Allah atas kurnia yang diberikan kepada kami kerana doa ramai orang.