2 KORINTUS 1:3-11

2 KORINTUS 1:3-11 Alkitab Berita Baik (BM)

Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus. Dia Bapa yang berbelas kasihan dan Dia Allah yang sentiasa menolong kita. Dia menolong kami semasa kami mengalami kesusahan, supaya dengan pertolongan yang kami terima daripada Allah, kami pun dapat menolong semua orang yang mengalami kesusahan. Penderitaan yang dialami oleh Kristus, kami alami juga. Melalui Kristus juga, kami ditolong oleh Allah. Jika kami menderita, hal itu untuk pertolongan dan penyelamatan kamu. Jika kami ditolong oleh Allah, kamu juga mendapat pertolongan sehingga kamu tabah hati dan sabar dalam menghadapi kesusahan yang seperti kami alami. Oleh itu kami selalu yakin akan kamu. Kami tahu bahawa sebagaimana kamu mengalami penderitaan yang kami alami, kamu juga mendapat pertolongan seperti kami. Saudara-saudaraku, kami mahu kamu mengetahui kesusahan yang kami alami di wilayah Asia. Penderitaan yang kami tanggung itu sedemikian berat sehingga kami kehilangan harapan untuk hidup. Kami berasa seolah-olah sudah dijatuhi hukuman mati. Tetapi sebenarnya perkara itu berlaku, supaya kami tidak bergantung kepada diri sendiri, melainkan kepada Allah yang membangkitkan orang mati. Dia sudah menyelamatkan kami daripada bahaya kematian yang besar itu, dan Dia akan menyelamatkan kami. Kepada Dialah kami berharap, kerana Dia akan menyelamatkan kami lagi. Dengan bantuan doa kamu, kami yakin bahawa Allah akan memberkati kami sebagai jawapan kepada doa-doa kamu untuk kami. Lalu banyak orang akan bersyukur kepada Allah kerana kami.

2 KORINTUS 1:3-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Shukurlah bagie Allah iya itu Ayah Tuhan kami Isa Almasih, dan pohon sagala kamurahan, dan Allah sagala pŭnghiburan. Yang mŭnghiburkan kami dalam sagala kasukaran kami, supaya kami pun dapat mŭnghiburkan pula sagala orang yang dalam barang susah, dŭngan pŭnghiburan yang dihiburkan kami ulih Allah. Maka spŭrti sagala sŭngsara Almasih itu tŭlah mŭlempahlah kaatas kami, maka dŭmkian lagi pŭnghiburan kami pun dilempahkan ulih Almasih Tŭtapi jikalau kiranya kami kŭna kasukaran skali pun, itulah sŭbab pŭnghiburan dan slamat kamu juga, yang mŭndatangkan fiedah akan mŭnahani sagala sŭngsara yang dŭmkian itu yang kami pun tŭlah mŭrasai dia: atau jikalau skiranya kami mŭndapat pŭnghiburan itu pun, sŭbab pŭnghiburan dan slamat kamu juga adanya. Bahwa haraplah kami tŭtaplah deri hal kamu, sŭbab kami mŭngatahui, spŭrti yang kamu bŭrulih bahgian sagala sŭngsara itu, maka dŭmkianlah juga kamu bŭrulih bahgian pŭnghiburan itu pun. Kŭrna tiada kami kahandaki saudara saudara, supaya kamu mŭnjadi bodoh deri hal susah yang tŭlah datang kaatas kami diAsia, bahwa kami tŭlah tŭrsŭpit tŭrlebih deripada patut, yang bukan bukan tanggongan sampie putuslah harap kami yang bulih hidop lagi. Kŭrna adalah dalam kami sŭndiri hukum kŭmatian supaya jangan kami harap lagi akan diri kami, mŭlainkan kapada Allah yang mŭmbangkitkan orang mati. Yang tŭlah mŭlŭpaskan kami deripada kŭmatian yang sŭbŭsar itu, adalah iya sungguh mŭlŭpaskan kami, maka kami harap juga iya kŭlak mŭlŭpaskan kami. Maka kamu pun bŭrsama sama mŭnulongkan mŭmintakan doa akan kami supaya anugrah yang tŭlah dikurniakan ulih tulongan kabanyakkan orang itu, mŭnguchap shukorlah ulih kabanyakkan orang sŭbab kita.

2 KORINTUS 1:3-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Segala puji bagi Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, Bapa Yang Maha Pemurah dan Allah sumber segala penghiburan. Dia menghibur kami dalam pelbagai kesusahan, supaya kami pula dapat menghibur orang yang mengalami kesusahan dengan penghiburan yang kami terima sendiri daripada Allah. Sebagaimana banyaknya penderitaan Kristus yang telah kami alami, begitulah banyaknya penghiburan yang kami terima daripada-Nya. Jika kami menanggung kesusahan, itu adalah untuk menghibur kamu dan untuk penyelamatanmu. Jika kami dihibur, itu akan menghibur kamu juga, supaya kamu tetap tabah menanggung penderitaan yang telah kami alami juga. Kami tetap menaruh harapan tentang kamu, kerana kami tahu, jika kamu mengalami penderitaan seperti yang kami alami, maka kamu juga akan menerima penghiburan seperti yang kami terima. Kami juga hendak memberitahumu, saudara-saudara, tentang kesusahan yang telah menimpa kami di Asia Kecil. Beban kami sungguh berat, lebih daripada yang terdaya kami tanggung, sehingga kami putus asa untuk terus hidup. Kami berasa bagaikan telah dijatuhi hukum mati. Namun demikian, itu telah berlaku supaya kami tidak lagi berharap kepada diri sendiri tetapi kepada Allah yang menghidupkan semula orang mati. Dialah yang telah melepaskan kami daripada bahaya yang amat dahsyat, dan Dialah yang akan melepaskan kami. Kami menaruh harapan kepada-Nya, bahawa Dia akan melepaskan kami. Kamu juga harus menolong kami dengan doa, sehingga ramai orang bersyukur kepada Allah atas kurnia yang diberikan kepada kami kerana doa ramai orang.

2 KORINTUS 1:3-11

2 KORINTUS 1:3-11 BM2 KORINTUS 1:3-11 BM2 KORINTUS 1:3-11 BM

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami