2 TAWARIKH 22:9
2 TAWARIKH 22:9 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Yehu menyuruh orang mencari Raja Ahazia. Baginda ditangkap ketika bersembunyi di Samaria. Mereka membawa Raja Ahazia kepada Yehu, lalu baginda dibunuh. Walaupun begitu mereka memakamkan Raja Ahazia kerana mereka menghormati datuk baginda, Raja Yosafat yang telah mengabdi kepada TUHAN dengan sepenuh hati. Tiada sesiapa lagi daripada keluarga Raja Ahazia yang dapat mengambil alih pemerintahan.
Kongsi
Baca 2 TAWARIKH 222 TAWARIKH 22:9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Lalu dicarinya Ahazia. Ahazia pun tertangkap ketika dia bersembunyi di Samaria. Dia dibawa ke hadapan Yehu lalu dihukum mati. Jenazahnya dimakamkan juga, kerana kata orang, “Dia ini cucu Yosafat, yang mencari hadirat TUHAN dengan segenap hatinya.” Tidak ada orang lagi dalam keluarga Ahazia yang mampu memerintah kerajaan itu.
Kongsi
Baca 2 TAWARIKH 22