1 TIMOTIUS 6:6-11
1 TIMOTIUS 6:6-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Agama memang menyebabkan orang menjadi kaya, jika orang puas dengan apa yang dimiliki. Adakah kita membawa sesuatu ke dalam dunia ini? Tidak! Dapatkah kita membawa sesuatu ke luar dunia ini? Tidak! Oleh itu, cukuplah jika kita mempunyai pakaian dan makanan. Orang yang ingin menjadi kaya tergoda dan terjerat oleh bermacam-macam keinginan yang sia-sia dan mencelakakan. Keinginan seperti itu menjatuhkan dan membinasakan orang. Sikap mencintai wang menimbulkan segala macam kejahatan. Ada orang yang mengejar wang, sehingga menyangkal Kristus dan akhirnya menderita serta berdukacita. Tetapi engkau, hai orang yang melakukan kehendak Allah, jauhkanlah dirimu daripada segala perkara itu. Berusahalah supaya sentiasa melakukan kehendak Allah, hidup beribadat, sentiasa percaya kepada Kristus, mengasihi saudara seiman, tabah menghadapi penderitaan, dan bersikap lemah-lembut.
1 TIMOTIUS 6:6-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun ibadat yang ada bŭsŭrta dŭngan shukor itu, iya itulah laba yang bŭsar adanya. Kŭrna barang suatu jua pun tiada kami mŭmbawa kadalam dunia, sŭsungguhnya tiadalah dapat kami bawa kluar barang apa deripadanya. Jikalau kami bŭrulih makanan dan pakiean, biarlah kami shukor dŭngan itu. Tŭtapi orang orang yang handak kaya itu, iya jatohlah kadalam pŭrchobaan dan jŭrat, dan kadalam bŭbrapa nafsu yang bodoh, dan binchana, yang mŭnŭngglamkan manusia kadalam karosakkan dan kabinasaan, Kŭrna suka akan wang itu, iya itulah akar sagala kajahatan: bŭbrapa orang yang ada tŭmaa akan dia, sŭsatlah deripada iman, dan tŭlah mŭnikamkan dirinya trus dŭngan bŭbrapa kadukaan Akan tŭtapi angkau, hie kaum Allah, jauhkanlah sagala pŭrkara itu; turotlah akan kabŭnaran, dan ibadat, dan iman, dan pŭngasihan, dan sabar, dan hati yang lŭmah lŭmbut.
1 TIMOTIUS 6:6-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kesalihan yang disertai dengan rasa puas membawa keuntungan besar. Kita tidak membawa apa-apa ke dalam dunia ini, dan pasti sekali kita tidak dapat membawa apa-apa apabila kita meninggalkannya. Oleh itu, jika kita ada pakaian dan makanan, kita harus berasa puas. Orang yang mahu kaya tergoda dan terperangkap oleh pelbagai keinginan yang sia-sia dan berbahaya, yang menjerumuskannya ke dalam kerosakan dan kemusnahan. Cinta akan wang punca segala kejahatan. Sesetengah orang memburu wang dengan begitu tamaknya sampaikan tersesat daripada iman dan akhirnya menanggung berbagai-bagai kesengsaraan jiwa. Tetapi kamu, wahai hamba Allah, jauhilah segala ini. Amalkanlah perbenaran, kesalihan, iman, kasih, kesabaran dan sikap lemah lembut.