1 TIMOTIUS 1:12-14
1 TIMOTIUS 1:12-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku bersyukur kepada Kristus Yesus Tuhan kita, yang sudah memberi aku kekuatan untuk menjalankan pekerjaanku. Aku berterima kasih kepada-Nya, kerana Dia menganggap aku layak, dan telah melantik aku untuk melakukan tugas itu, meskipun dahulu aku mengkufuri, menganiaya dan menghina Dia. Tetapi Allah mengasihani aku, kerana pada waktu itu aku tidak percaya kepada Kristus, sehingga aku tidak tahu apa yang aku lakukan. Tetapi Tuhan kita melimpahkan rahmat-Nya kepadaku. Dia membolehkan aku percaya kepada-Nya dan mengasihi orang lain, kerana hidup bersatu dengan Kristus Yesus.
1 TIMOTIUS 1:12-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka mŭnguchap shukorlah aku yang tŭlah mŭmbri kwasa padaku, sŭbab iya tŭlah mŭmbilangkan aku sa’orang sŭtiawan, lalu ditŭntukannya akan daku dalam jawatan Injil ini; Yang pada mulanya aku ini sa’orang mŭnghujat akan agamanya, dan pŭngannyaya, dan mŭngŭsakkan orang; tŭtapi aku sudah mŭndapat kasihan, ulih sŭbab kupŭrbuat itu dŭngan bŭbal sŭrta dŭngan tiada bŭriman. Tŭtapi anugrah Tuhan kami tŭlah lempahlah sangat, sŭrta dŭngan iman dan kasih akan Isa Almasih.
1 TIMOTIUS 1:12-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku bersyukur kepada Kristus Yesus, Tuhan kita, yang telah menguatkanku, kerana Dia menganggapku setia, lalu memberiku tugas itu, walaupun dahulu aku seorang yang kufur, menganiaya dan ganas. Namun demikian, aku dikasihani-Nya kerana aku telah melakukan semuanya itu ketika aku jahil dan tidak beriman. Tuhan kita melimpahkan kasih kurnia-Nya kepadaku, dengan iman dan kasih dalam Kristus Yesus.