1 TESALONIKA 5:12-28

1 TESALONIKA 5:12-28 Alkitab Berita Baik (BM)

Saudara-saudaraku, kami menggesa kamu supaya menghormati mereka yang bekerja di kalangan kamu. Mereka memimpin dan menasihati kamu dalam kehidupan kamu sebagai orang Kristian. Perlakukanlah mereka dengan penuh hormat dan kasihilah mereka, kerana semuanya yang dilakukan oleh mereka. Hendaklah kamu hidup rukun. Saudara-saudaraku, kami menggesa kamu supaya memberikan amaran kepada orang yang malas bekerja, menabahkan hati orang yang takut, menolong orang yang perlu ditolong, dan bersabar terhadap semua orang. Janganlah seorang pun membalas kejahatan dengan kejahatan, tetapi kamu harus sentiasa berusaha untuk saling berbuat baik dan menolong semua orang. Hendaklah kamu sentiasa bersukacita, dan berdoalah sentiasa. Hendaklah kamu bersyukur dalam segala keadaan, kerana hal inilah yang dikehendaki oleh Allah daripada kamu sebagai orang yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus. Janganlah halang Roh Allah. Janganlah hina perkhabaran-perkhabaran yang diberikan oleh Roh Allah. Pertimbangkan semuanya; ikutlah apa yang baik, dan jauhilah segala macam kejahatan. Semoga Allah yang mengurniai kita kesejahteraan, menjadikan kamu sungguh-sungguh hidup khas untuk Allah. Semoga Allah menjaga roh, jiwa, dan tubuh kamu, sehingga tidak bercacat cela pada masa Tuhan kita Yesus Kristus datang kembali. Allah yang memanggil kamu akan melakukan hal itu, kerana Dia setia. Doakanlah kami, saudara-saudara seiman. Bersalamanlah dengan mesra sebagai saudara Kristian. Dengan kuasa Tuhan, aku menggesa kamu supaya membacakan surat ini kepada semua saudara seiman. Semoga Tuhan kita Yesus Kristus memberkati kamu semua.

1 TESALONIKA 5:12-28 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka kami mŭminta kapada kamu, saudara saudara, mŭngŭnal akan orang orang yang bŭrlŭlah diantara kamu, dan yang mŭmŭgang prentah kamu dalam agama Tuhan, dan yang mŭmbri nasihat pada kamu. Maka handaklah kamu pula mŭngindahkan akan marika itu dŭngan kasih yang sa’baik baiknya deri kŭrna pŭkŭrjaannya, dan biarlah pula kamu dalam pŭrdamiean sa’orang akan sa’orang. Maka skarang pun kami mŭmbri nasihat kapada kamu, saudara saudara, ingatkanlah ulihmu akan orang orang yang ta’bŭrkŭtahuan laku, dan hiburkanlah orang yang lŭmah hati, sokonglah akan orang orang yang lŭmah, sŭrta sabarkanlah bagie sagala orang. Maka ingatlah supaya jangan barang sa’orang jua pun mŭmbalas jahat itu dŭngan jahat kapada barang sa’orang; mŭlainkan pada sŭdiakala handaklah kamu mŭnurot yang baik, baik diantara dirimu, baik diantara sagala orang. Bŭrsukachitalah kamu pada sŭdiakala. Bŭrdoalah kamu dŭngan tiada bŭrkaputusan. Mŭnguchap shukorlah pada Allah dalam sagala pŭrkara: kŭrna inilah kahandak Allah bagie Isa Almasih derihal kamu. Janganlah kamu padamkan akan Roh itu. Janganlah kamu hinakan nabuatan. Slidiklah akan sagala pŭrkara; pŭganglah akan yang baik. Maka lŭpaskanlah diri kamu deripada sagala yang tampak jahat. Maka bahwasanya Allah pohon sŭjahtra itu, mŭnyuchikan kiranya kamu dŭngan sampornanya; dan lagi kupohonkan sagala Roh, dan nyawa, dan tuboh kamu, dipliharakan dŭngan tiada bŭrsalah sampie kapada kadatangan Tuhan kami Isa Almasih. Sŭtiawanlah kiranya yang tŭlah mŭnjŭmpot kamu, maka iyalah juga akan bŭrbuat itu. Doakanlah akan kami saudara saudara. Brilah sŭlam pada sagala saudara sŭrta chium yang suchi. Aku pohonkan kapada kamu dŭmi Tuhan, handaklah surat ini dibachakan kapada sagala saudara saudara yang suchi. Maka nihmat Tuhan kami Isa Almasih atas kamu. Amin. ¶ Tŭrmaktob surat yang pŭrtama ini yang dikirimkan kapada orang Thessalonika deri nŭgri Athen.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami