1 TESALONIKA 4:9-12
1 TESALONIKA 4:9-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Tidak perlu kami menulis tentang bagaimana kamu harus mengasihi saudara-saudara seiman. Kamu sendiri telah diajar oleh Allah bagaimana kamu harus saling mengasihi. Kamu sudah menunjukkan hal ini kepada semua saudara seiman di seluruh Makedonia. Oleh itu, saudara-saudaraku, kami menggesa kamu supaya lebih saling mengasihi. Berusahalah hidup dengan tenang; janganlah campuri hal orang lain dan carilah nafkah sendiri, sebagaimana kami katakan kepada kamu dahulu. Dengan cara ini kamu akan dihormati oleh mereka yang tidak percaya kepada Kristus. Kamu pun tidak perlu bergantung kepada sesiapa pun bagi keperluan kamu.
1 TESALONIKA 4:9-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka deri hal kasih antara saudara bŭrsaudara itu, ta’usahlah aku tuliskan pada kamu: kŭrna kamu sŭndiri tŭlah diunjokkan Allah akan mŭngasihi sa’orang akan sa’orang. Maka sungguh adalah kamu bŭrbuat yang dŭmkian kapada sagala saudara yang ada dalam sŭluroh Makadonia: tŭtapi kami mŭminta kapada kamu saudara saudara, supaya kamu bŭrtambah makin makin lebih. Dan lagi handaklah kamu bŭlajar mŭnjadi orang pŭndiam, dŭngan bŭrbuat pŭkŭrjaan sŭndiri sŭndiri sahja, dan bŭkŭrja dŭngan tanganmu sŭndiri, spŭrti yang kami tŭlah mŭnyuroh. Supaya kamu bŭrlakn dŭngan tulosnya kapada sagala orang kluaran, dan jangan kŭlak kamu bŭrkorangan dalam barang pŭrkara.
1 TESALONIKA 4:9-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kami tidak perlu menuliskan tentang kasih persaudaraan kerana Allah telah mengajarmu supaya kasih-mengasihi satu sama lain. Kamu telah pun mengamalkannya terhadap saudara-saudara seiman di serata Makedonia. Namun demikian, saudara-saudaraku, kami menyerumu supaya lebih kasih-mengasihi lagi. Berusahalah untuk hidup tenang, usah campuri hal orang dan carilah nafkah sendiri, sebagaimana yang kami katakan kepadamu dahulu. Dengan demikian kamu akan dihormati oleh mereka yang bukan pengikut Kristus dan kamu tidak akan kekurangan apa-apa.