1 TESALONIKA 2:7-12
1 TESALONIKA 2:7-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Sebenarnya sebagai rasul Kristus kami boleh menuntut sesuatu daripada kamu. Tetapi apabila kami bersama-sama kamu, kami bersikap lemah lembut seperti seorang ibu yang menjaga anak-anaknya. Kerana kami mengasihi kamu, kami bersedia mati bagi kamu di samping memberitahu kamu Berita Baik daripada Allah. Kami sangat mengasihi kamu! Saudara-saudaraku, tentu kamu ingat bagaimana kami bertungkus lumus! Kami bekerja siang malam supaya kami tidak menjadi beban kepada kamu semasa kami mengisytiharkan Berita Baik daripada Allah. Kamulah saksi kami, demikian juga Allah. Kelakuan kami suci, benar, dan tidak bercela terhadap kamu yang percaya kepada Kristus. Kamu tahu bahawa kami memperlakukan setiap orang daripada kamu seperti seorang bapa memperlakukan anak-anaknya. Kami menasihati kamu, kami menggalakkan kamu, dan kami menggesa kamu supaya hidup sedemikian rupa sehingga menyenangkan hati Allah. Dialah yang memanggil kamu untuk menikmati Dunia Baru Allah dan kemuliaan-Nya.
1 TESALONIKA 2:7-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi kami tŭlah bŭrlaku dŭngan lŭmah lŭmbut diantara kamu, spŭrti sa’orang pŭngasoh mŭmliharakan anak anaknya. Maka sŭbab kami rindu dŭndam akan kamu; relalah juga kami mŭmbri pada kamu, bukaunya Injil Allah sahja, mŭlainkan jiwa kami sŭndiri, ulih sŭbab kamulah kŭkasih kami. Kŭrna kamu ingatlah juga saudara saudara, akan kŭlŭlahan dan kasusahan kami: kami bŭrlŭlah siang dan malam, sŭbab kami tiada mahu mŭnjadikan diri kami tanggongan pada barang sa’orang juapun diantara kamu, maka kami mŭngajar Injil Allah kapada kamu. Kamu adalah saksi, dan Allah pun bŭrsaksi, bagimana suchi, dan bŭnar, dan dŭngan tiada barang kŭchŭlaan kami, mŭlakukan diri kami diantara kamu yang pŭrchaya. Spŭrti yang tŭlah kamu kŭtahui bagimana kami tŭlah mŭmbri nasihat, dan mŭnghiburkan, dan amanatkan tiap tiap sa’orang deripada kamu, spŭrti klakuan bapa kapada anak anaknya. Supaya kamu dapat mŭnjalankan dŭngan layak bagie Allah yang tŭlah mŭnjŭmpot kamu kapada krajaan dan kamuliannya.
1 TESALONIKA 2:7-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
namun ketika kami bersamamu, kami bersikap lemah lembut seperti ibu menjaga anak-anaknya. Kami amat mengasihimu sehingga kami bukan sahaja berasa sukacita menyampaikan Injil daripada Allah kepadamu malah sanggup memberikan kehidupan dan nyawa kami untukmu kerana kamu amat kami kasihi. Saudara-saudaraku, tentu kamu ingat betapa kami bertungkus-lumus siang malam agar tidak membebankan kamu ketika kami menyebarkan Injil daripada Allah. Kamu menjadi saksi kami, di samping Allah, bahawa setiap perbuatan kami suci, benar dan tiada cacat celanya dalam kalangan kamu yang beriman. Kamu tahu betapa kami menasihati, menggalakkan dan menyeru kamu seperti bapa terhadap anak-anaknya, supaya kamu hidup dengan cara yang diredai Allah yang memanggilmu ke dalam kerajaan-Nya serta kemuliaan-Nya.