1 TESALONIKA 1:4-6 - Compare All Versions
1 TESALONIKA 1:4-6 BM (Alkitab Berita Baik)
Saudara-saudaraku, kami tahu bahawa Allah mengasihi kamu dan sudah memilih kamu menjadi milik-Nya sendiri. Hal itu demikian, kerana kami mengisytiharkan Berita Baik kepada kamu, bukan dengan kata-kata sahaja, tetapi juga dengan kuasa, dengan Roh Allah dan dengan keyakinan bahawa Berita Baik itu benar. Kamu mengetahui cara hidup kami ketika kami bersama-sama kamu dan semua itu untuk kebaikan kamu. Kamu mengikut teladan kami dan teladan Tuhan. Meskipun kamu menanggung banyak penderitaan, kamu menyambut perkhabaran itu dengan kegembiraan yang datang daripada Roh Allah.
1 TESALONIKA 1:4-6 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Sŭbab kami tŭlah mŭngatahui saudara saudara yang kŭkasih, kamu pilehan Allah adanya. Kŭrna Injil kami tiada sampie kapada kamu dŭngan pŭrkataan sahja, mŭlainkan dŭngan kwasa, dan dŭngan Roh Alkudos, dan sŭrta bŭbrapa yakin, spŭrti yang tŭlah kamu kŭtahui, apakah macham orang kami ini diantara kamu, ulih sŭbab kamu. Adapun kamulah tŭlah mŭnjadi pŭngikot kami dan Tuhan, sŭbab kamu tŭlah mŭnŭrima pŭrkataan itu dalam bŭbrapa kasukaran, dŭngan kasukaan Roh Alkudos.
1 TESALONIKA 1:4-6 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Saudara-saudara yang dikasihi, kami tahu bahawa Allah telah memilihmu, kerana Injil yang kami beritakan itu telah sampai kepadamu bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga dengan kuasa, dengan Roh Kudus dan dengan keyakinan kukuh. Kamu tahu akan sifat dan kehidupan kami sewaktu bersamamu demi kebaikanmu. Kamu mengikut teladan kami dan teladan Tuhan. Walaupun kamu banyak menanggung kesengsaraan, namun kamu menyambut khabar itu dengan sukacita yang datang daripada Roh Kudus.