Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

1 SAMUEL 3:8-10

1 SAMUEL 3:8-10 Alkitab Berita Baik (BM)

TUHAN memanggil Samuel pada kali ketiga, lalu Samuel bangun dan pergi kepada Eli. Dia berkata, “Tuan memanggil saya, lalu saya datang.” Kemudian Eli sedar bahawa TUHAN yang memanggil anak itu. Oleh itu Eli berkata kepada Samuel, “Pergilah tidur. Jika engkau dipanggil lagi, jawablah, ‘Berfirmanlah, ya TUHAN. Hamba-Mu mendengar.’ ” Lalu Samuel balik ke tempat tidurnya. Kemudian TUHAN datang dan berdiri di tempat itu serta memanggil dia lagi, “Samuel! Samuel!” Samuel menjawab, “Berfirmanlah, ya TUHAN. Hamba-Mu mendengar.”

Kongsi
Baca 1 SAMUEL 3

1 SAMUEL 3:8-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Kemudian TUHAN memanggil Samuel sekali lagi, buat kali ketiganya. Samuel pun bangunlah, lalu pergi mendapatkan Eli seraya katanya, “Ya, aku ada di sini, bukankah tuan memanggil aku?” Maka mengertilah Eli bahawa TUHAN yang memanggil anak itu. Lalu Eli berkata kepada Samuel, “Pergilah berbaring. Nanti, jika Dia memanggil engkau, katakanlah, ‘Ya TUHAN, berfirmanlah, hamba-Mu ini mendengarkannya.’ ” Maka pergilah Samuel berbaring di tempatnya. TUHAN pun hadir dan memanggilnya seperti yang sudah-sudah, “Samuel! Samuel!” Jawab Samuel, “Berfirmanlah, hamba-Mu ini mendengarkannya.”

Kongsi
Baca 1 SAMUEL 3
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video