1 SAMUEL 1:1-3
1 SAMUEL 1:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Ada seorang lelaki bernama Elkana. Dia daripada suku Efraim yang tinggal di kota Rama, di kawasan perbukitan Efraim. Elkana ialah anak Yeroham dan cucu Elihu. Elkana daripada keluarga Tohu, salah satu keluarga daripada puak Zuf. Elkana mempunyai dua orang isteri, Hana dan Penina. Penina mempunyai anak tetapi Hana tidak. Tiap-tiap tahun Elkana berangkat dari Rama dan pergi ke Silo untuk beribadat dan mempersembahkan korban kepada TUHAN Yang Maha Kuasa. Di Silo, Hofni dan Pinehas, iaitu anak-anak Eli, menjadi imam-imam TUHAN.
1 SAMUEL 1:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ada seorang lelaki suku Efraim bernama Elkana anak Yeroham anak Elihu anak Tohu anak Zuf dari Ramataim-Zofim di pergunungan Efraim. Dia beristeri dua, seorang bernama Hana dan yang seorang lagi bernama Penina. Penina mempunyai anak, tetapi Hana tidak. Setiap tahun lelaki itu pergi dari kotanya untuk beribadat dan mempersembahkan korban di hadapan TUHAN alam semesta di Silo. Kedua-dua orang anak Eli, iaitu Hofni dan Pinehas, ialah imam TUHAN di sana.