1 PETRUS 1:3-4
1 PETRUS 1:3-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana Dia sangat mengasihani kita, Dia mengurniai kita hidup yang baru, dengan membangkitkan Yesus Kristus daripada kematian. Hal ini memberikan harapan yang kukuh kepada kita. Oleh itu, kita berharap untuk memiliki berkat-berkat yang disediakan oleh Allah bagi umat-Nya. Berkat-berkat itu disimpan-Nya di syurga, supaya tidak dapat rosak, reput, ataupun musnah.
1 PETRUS 1:3-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭrpujilah kiranya bagie Allah, iya itu Ayah Tuhan kami Isa Almasih, dŭngan kabanyakkan rahmatnya, iya tŭlah mŭmpranakkan kami pula kapada harap yang hidop ulih bŭrkat kabangkitan Isa Almasih deri matinya. Sahingga kapada suatu pusaka yang tiada kabinasaan, dan tiada kachŭmaran, dan tiada pula layu, yang tŭlah disimpankan dalam shorga bagie kamu.
1 PETRUS 1:3-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Puji bagi Allah dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana belas kasihan-Nya yang amat besar Dia telah mengurniai kita kelahiran baru dengan membangkitkan Yesus Kristus daripada kematian. Dengan demikian, kita hidup dengan harapan yang tidak akan binasa, dan kita mengharapkan warisan yang tidak mungkin reput, tercemar atau lenyap — disimpan untukmu di syurga.