1 PETRUS 1:1-6 - Compare All Versions
1 PETRUS 1:1-6 BM (Alkitab Berita Baik)
Surat ini daripada Petrus, rasul Yesus Kristus dan ditujukan kepada umat pilihan Allah, yang tinggal sebagai orang pelarian yang tercerai-cerai di seluruh daerah Pontus, Galatia, Kapadokia, Asia, dan Bitinia. Kamu dipilih sesuai dengan rancangan Allah Bapa, dan dijadikan umat-Nya yang suci oleh Roh Allah, supaya kamu taat kepada Yesus Kristus dan disucikan oleh darah-Nya. Semoga Allah mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan dengan berlimpah-limpah. Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana Dia sangat mengasihani kita, Dia mengurniai kita hidup yang baru, dengan membangkitkan Yesus Kristus daripada kematian. Hal ini memberikan harapan yang kukuh kepada kita. Oleh itu, kita berharap untuk memiliki berkat-berkat yang disediakan oleh Allah bagi umat-Nya. Berkat-berkat itu disimpan-Nya di syurga, supaya tidak dapat rosak, reput, ataupun musnah. Berkat-berkat itu untuk kamu kerana kamu percaya kepada Allah. Oleh itu kamu dipelihara oleh kuasa Allah supaya kamu menerima penyelamatan yang siap dinyatakan pada akhir zaman. Oleh itu hendaklah kamu bersukacita, meskipun sekarang mungkin kamu harus berdukacita untuk sementara waktu kerana mengalami berbagai-bagai cubaan.
1 PETRUS 1:1-6 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
BAHWA Petrus, sa’orang rasul Isa Almasih, iya itu datang kapada sagala orang dagang yang tŭrchŭrie bŭrie dinŭgri Pontus, dan Galatia, dan Kappadosia, dan Asia, dan Bithenia. Yang tŭrpileh mŭnurot pŭngatahuan Allah yang tŭrdahulu iya itu Ayah, ulih kasuchian Roh itu, supaya bŭrbakti, dan dŭngan bŭrkat pŭrchekkan darah Isa Almasih itu: Anugrah, dan sŭjahtra itu dipŭrbanyakkanlah kiranya ka’atas kamu. Tŭrpujilah kiranya bagie Allah, iya itu Ayah Tuhan kami Isa Almasih, dŭngan kabanyakkan rahmatnya, iya tŭlah mŭmpranakkan kami pula kapada harap yang hidop ulih bŭrkat kabangkitan Isa Almasih deri matinya. Sahingga kapada suatu pusaka yang tiada kabinasaan, dan tiada kachŭmaran, dan tiada pula layu, yang tŭlah disimpankan dalam shorga bagie kamu. Yang ada tŭrplihara dŭngan kwasa Allah ulih iman akan mŭndapat slamat yang sŭdia, akan dinyatakan pada akhir saman. Maka deri sŭbab itulah kamu tŭramat suka chita adanya, sungguhpun skarang ini dalam sŭdikit waktu, jikalau kiranya harus kamu ada dalam kŭbratan kŭrna bŭrbagie bagie pŭrchobaan.
1 PETRUS 1:1-6 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Daripada Petrus, rasul Yesus Kristus, Kepada umat pilihan Allah yang tinggal merata-rata di Pontus, Galatia, Kapadokia, Asia dan Bitinia. Kamu terpilih menurut rancangan Allah Bapa, dijadikan umat-Nya dengan Roh Kudus, supaya taat akan Yesus Kristus dan disucikan dengan darah-Nya: Semoga kamu dilimpahi kasih kurnia dan damai sejahtera daripada Allah. Puji bagi Allah dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana belas kasihan-Nya yang amat besar Dia telah mengurniai kita kelahiran baru dengan membangkitkan Yesus Kristus daripada kematian. Dengan demikian, kita hidup dengan harapan yang tidak akan binasa, dan kita mengharapkan warisan yang tidak mungkin reput, tercemar atau lenyap — disimpan untukmu di syurga. Kamu dipelihara dengan kuasa Allah, melalui iman untuk penyelamatan yang akan ternyata sepenuhnya pada akhir zaman. Oleh yang demikian bersukacitalah, meskipun sekarang untuk seketika mungkin kamu berdukacita kerana menghadapi pelbagai cubaan.