Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

1 RAJA-RAJA 2:2-4

1 RAJA-RAJA 2:2-4 Alkitab Berita Baik (BM)

Raja Daud bertitah, “Masa kemangkatan beta sudah sampai. Hendaklah engkau yakin dan berani. Lakukanlah apa yang diperintahkan TUHAN, Allahmu kepadamu. Taatilah semua hukum dan perintah-Nya yang tertulis di dalam Taurat Musa, supaya ke mana sahaja engkau pergi, engkau akan berjaya dalam segala usahamu. Jika engkau taat kepada TUHAN, Dia akan menepati janji yang dibuat-Nya ketika Dia memberitahu beta bahawa keturunan beta akan memerintah Israel, selama mereka benar-benar mentaati semua perintah-Nya dan setia terhadap-Nya dengan segenap hati dan jiwa mereka.

Kongsi
Baca 1 RAJA-RAJA 2

1 RAJA-RAJA 2:2-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)

“Aku akan menempuh jalan kefanaan. Kuatkanlah hatimu dan berlakulah seperti lelaki. Peganglah kewajipanmu terhadap TUHAN, Allahmu, dengan hidup menurut jalan-Nya dan dengan berpegang teguh pada segala ketetapan-Nya, perintah-Nya, peraturan-Nya, serta peringatan-Nya seperti yang tertulis dalam Kitab Taurat Musa. Dengan demikian engkau akan berhasil dalam segala tindakanmu dan dalam segala tujuanmu, dan TUHAN akan melaksanakan firman yang disampaikan-Nya mengenai aku: ‘Jika anak-anakmu tetap hidup di hadapan-Ku dengan setia, dengan segenap hati, dan dengan segenap jiwa, maka tidak akan terputus keturunanmu yang duduk di atas takhta kerajaan Israel.’

Kongsi
Baca 1 RAJA-RAJA 2
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video