1 RAJA-RAJA 13:16-18
1 RAJA-RAJA 13:16-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi nabi dari Yehuda itu menjawab, “Saya tidak boleh ikut tuan, atau masuk ke rumah tuan. Saya tidak boleh minum atau makan apa-apa di sini. TUHAN telah melarang saya makan atau minum apa-apa pun, dan melarang saya pulang mengikut jalan saya datang dahulu.” Lalu nabi tua dari Betel itu berkata kepadanya, “Saya pun seorang nabi seperti kamu. Atas perintah TUHAN, satu malaikat menyuruh saya membawa kamu pulang dan menjamu kamu di rumah saya.” Sebenarnya nabi tua itu berbohong.
1 RAJA-RAJA 13:16-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jawabnya, “Aku tidak dapat kembali bersama denganmu atau singgah di rumahmu. Aku pun tidak mahu makan roti atau minum air bersama denganmu di tempat ini, kerana kepadaku telah disampaikan firman TUHAN, ‘Jangan makan roti atau minum air di sana. Jangan kembali melalui jalan yang telah kautempuh.’ ” Lalu kata orang itu kepadanya, “Aku pun seorang nabi, sama seperti engkau. Ada malaikat yang bersabda kepadaku atas perintah TUHAN demikian, ‘Bawalah dia pulang bersamamu ke rumahmu, supaya dia makan roti dan minum air.’ ” Tetapi dia berbohong kepadanya.