1 YOHANES 4:18-20 - Compare All Versions
1 YOHANES 4:18-20 BM (Alkitab Berita Baik)
Orang yang menikmati kasih Allah tidak mengenal perasaan takut, kerana kasih yang sempurna melenyapkan segala perasaan takut. Oleh itu, orang yang belum menikmati kasih Allah dengan sempurna, akan takut menghadapi hukuman pada Hari Kiamat. Kita mengasihi orang lain, kerana Allah mengasihi kita terlebih dahulu. Jika seseorang berkata, “Aku mengasihi Allah,” tetapi dia membenci saudaranya, orang itu pendusta. Jika seseorang tidak mengasihi saudaranya yang dilihatnya, tidak mungkin dia dapat mengasihi Allah yang tidak dilihatnya.
1 YOHANES 4:18-20 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Dalam kasih tidak ada ketakutan. Kasih yang sempurna menghilangkan segala rasa takut kerana ketakutan ada kaitan dengan hukuman. Dengan demikian, orang yang takut belum mengenal kasih yang sempurna. Kita mengasihi sesama manusia kerana Tuhan terlebih dahulu mengasihi kita. Jika sesiapa berkata, “Aku mengasihi Allah,” tetapi dia benci akan saudaranya, dia seorang pendusta. Jika dia tidak mengasihi saudaranya yang dapat dilihatnya, betapa dia mengasihi Allah yang tidak dapat dilihatnya?
1 YOHANES 4:18-20 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Maka tiadalah takot dalam kasih, tŭtapi kasih yang samporna itu mŭnolakkan takot itu, kŭrna takot itu mŭngadakan sakit; maka adapun orang yang takot itu tiadalah iya disampornakan dalam kasih. Maka kami mŭngasihi akan dia itu, sŭbab iya tŭrdahulu mŭngasihi akan kami. Maka jikalau barang sa’orang bŭrkata, Bahwa aku mŭngasihi akan Allah, tŭtapi iya mŭmbŭnchikan saudaranya, iya itu pŭmbohong adanya; kŭrna orang yang tiada mŭngasihi saudaranya itu yang tŭlah dilihatnya, maka bagimanakah kŭlak iya bulih mŭngasihi akan Allah yang tiada dilihatnya?