1 YOHANES 3:11-15
1 YOHANES 3:11-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Inilah perkhabaran yang kamu dengar sejak permulaan: Kita harus saling mengasihi. Janganlah kita seperti Kain. Dia menjadi anak Iblis dan membunuh adiknya sendiri. Mengapakah Kain membunuh adiknya? Kerana perbuatan yang dilakukannya salah, tetapi perbuatan yang dilakukan adiknya benar. Oleh itu, saudara-saudaraku, janganlah hairan jika orang di dunia ini membenci kamu. Kita tahu bahawa kita hidup dan sudah meninggalkan kematian, kerana kita mengasihi saudara-saudara kita. Sesiapa yang tidak mengasihi saudaranya, masih dikuasai kematian. Sesiapa membenci saudaranya, dia pembunuh. Kamu tahu bahawa seorang pembunuh tidak mempunyai hidup sejati dan kekal.
1 YOHANES 3:11-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna inilah utusan yang tŭlah kamu dŭngar deripada mulanya, supaya kami patut bŭrkasih kasihan sa’orang dŭngan sa’orang. Bukannya spŭrti Kain, yang deripada sijahat itu, yang dibunohnya akan saudaranya. Mŭngapakah dibunohnya akan dia? sŭbab pŭrbuatannya sŭndiri jahat, dan pŭrbuatan saudaranya itu bŭnar adanya. Janganlah kamu hieran, saudara saudara, jikalau dibŭnchikan ulih dunia ini akan dikau. Bahwa kami tŭlah mŭngatahui kami sudah mŭlalui mati datang kapada hidop, sŭbab kami mŭngasihi akan saudara saudara. Adapun orang yang tiada mŭngasihi akan saudaranya itu, iyalah tinggal dalam maut. Maka barang siapa yang mŭmbŭnchi akan saudaranya, iya itulah sa’orang pŭmbunoh adanya: maka kamu tŭlah mŭngatahui adapun sa’orang pŭmbunoh itu tiada dalamnya slamat kŭkal itu.
1 YOHANES 3:11-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kamu telah mendengar perkhabaran ini dari mulanya: Kita harus kasih-mengasihi. Janganlah kita bertindak seperti Kain yang asalnya daripada Iblis dan membunuh adiknya sendiri. Mengapakah dia membunuh adiknya? Semata-mata kerana perbuatannya salah sedangkan perbuatan adiknya benar. Oleh itu, saudara-saudaraku, janganlah hairan jika kamu dibenci oleh orang di dunia ini. Kita tahu bahawa kita terus hidup dan tidak akan binasa kerana kita mengasihi saudara-saudara kita. Sesiapa yang tidak mengasihi saudaranya akan tetap dikuasai oleh maut. Sesiapa yang benci akan saudaranya ialah pembunuh. Kamu tahu bahawa seorang pembunuh tidak mempunyai hidup yang kekal dalam dirinya.