1 YOHANES 2:7-8 - Compare All Versions

1 YOHANES 2:7-8 BM (Alkitab Berita Baik)

Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Perintah yang aku tulis ini bukanlah suatu perintah yang baru. Perintah ini perintah lama, yang telah kamu terima sejak kamu percaya kepada Kristus. Perintah lama ini berita daripada Allah yang sudah kamu dengar. Walaupun demikian, perintah yang aku tulis ini baru juga, kerana kebenarannya nyata pada diri Kristus dan juga pada diri kamu. Hal ini demikian kerana kegelapan hampir berlalu, dan cahaya yang sejati mula bersinar.

1 YOHANES 2:7-8 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Saudara saudara, bahwa bukannya aku mŭnyurat hukuman yang bahru bagiemu, mŭlainkan suatu hukuman lama yang tŭlah ada kapada kamu deripada pŭrmulaan. Adapun hukuman lama itu iya itulah juga pŭrkataan yang tŭlah kamu mŭnŭngar deri pada pŭrmulaan Dan lagi pula, aku mŭnyurat suatu hukuman bahru bagiemu, iya itu pŭrkara bŭnar dalam Almasih, dan dalam kamu pun; kŭrna glap itu tŭlah lalu, dan trang yang bŭnar itu bŭrchayalah skarang

1 YOHANES 2:7-8 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Sahabat-sahabat yang kukasihi, perintah yang kutulis ini bukanlah perintah baru. Perintah ini perintah lama, yang telah kamu terima dari mulanya. Perintah lama ini firman Allah yang telah kamu dengar. Namun demikian, perintah yang kutulis ini tetap baru: Kebenarannya ternyata pada diri Kristus dan dirimu. Ini disebabkan kegelapan hampir berlalu dan cahaya yang benar telah pun bersinar.