1 YOHANES 1:5-6
1 YOHANES 1:5-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Inilah berita yang telah kami dengar daripada Anak-Nya dan yang kami isytiharkan kepada kamu: Allah itu cahaya, dan pada-Nya tidak ada kegelapan sama sekali. Jika kita berkata bahawa kita hidup bersatu dengan Dia, padahal kita hidup dalam kegelapan, maka kita berdusta baik dengan kata-kata mahupun dengan perbuatan.
1 YOHANES 1:5-6 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka inilah dia khabar yang tŭlah kami mŭnŭngar deri halnya itu, dan mŭnyatakan pada kamu, bahwa Allah itu trang adanya, maka dalamnya itu tiadalah glap skali kali. Maka jikalau kiranya kami bŭrkata, bahwa kami tŭlah bŭrskutuan dŭngan dia, tapi bŭrjalan dalam glap, kami bŭrdusta, dan tiada kami bŭrbuat bŭnar
1 YOHANES 1:5-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Inilah perutusan yang telah kami dengar daripada-Nya dan sampaikan kepadamu: Allah itu cahaya; dan sama sekali tiada kegelapan dalam-Nya. Sekiranya kita mengatakan bahawa kita hidup dalam keakraban dengan-Nya sedangkan kita melangkah dalam kegelapan, maka kita berdusta dan tidak mengamalkan kebenaran.