1 KORINTUS 9:25 - Compare All Versions

1 KORINTUS 9:25 BM (Alkitab Berita Baik)

Setiap ahli sukan yang sedang menjalani latihan harus mematuhi disiplin yang ketat. Dia melakukannya kerana dia ingin mendapat hadiah kejuaraan, walaupun hadiah itu akan rosak. Kita pun seperti ahli sukan yang mematuhi disiplin yang ketat supaya mendapat hadiah kejuaraan yang tidak akan rosak.

1 KORINTUS 9:25 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Maka masing masing orang yang bŭrkŭras kŭrasan itu, kŭrna handak mŭnjadi kŭpala, maka iya itu hemat dalam sagala pŭrkara; skarang pun dipŭrbuatnya itu akan mŭndapat suatu mahkota kabinasaan, tŭtapi kamu ini suatu mahkota yang tiada kabinasaan.

1 KORINTUS 9:25 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Setiap ahli sukan yang bertanding dalam sukan berlatih dengan gigih, kerana ingin mendapat mahkota, walaupun mahkota itu tidak kekal. Tetapi kita menjalani latihan yang ketat untuk mendapat mahkota yang kekal.