1 KORINTUS 4:1-5
1 KORINTUS 4:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Kamu harus menganggap kami sebagai hamba Kristus, yang bertanggungjawab untuk mengisytiharkan rancangan Allah yang belum diketahui oleh dunia. Inilah sifat utama yang harus dimiliki oleh seorang hamba seperti itu: Dia harus setia kepada tuannya. Aku tidak menghiraukan apa yang kamu fikirkan tentang diriku ataupun apa yang difikirkan oleh sesiapa pun tentang diriku. Apa yang aku fikirkan tentang diriku sendiri pun tidak penting. Aku tidak berasa bersalah, tetapi hal itu tidak membuktikan bahawa aku tidak bersalah. Tuhan sahaja yang berhak menentukan sama ada aku bersalah atau tidak. Oleh itu, janganlah kamu buat keputusan bahawa seseorang bersalah atau tidak, sebelum waktunya. Tunggulah sehingga Tuhan datang kelak; Dia akan mendedahkan segala rahsia yang tersembunyi dalam kegelapan. Dia juga akan membongkar segala niat yang terpendam di dalam hati manusia. Barulah setiap orang akan mendapat pujian yang layak diterimanya daripada Allah.
1 KORINTUS 4:1-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA handaklah sa’sa’orang mŭngirakan kita ini, spŭrti suroh surohan Almasih, dan juru jurukonchi sagala rahsia Allah. Tambahan pula dikahandaki bagie juru jurukonchi itu, iya itu sa’orang didapati sŭtiawan. Tŭtapi padaku mŭnjadi suatu parkara kŭchil kalau aku dikirakan ulihmu, atau dŭngan akhtiar manusia: bahkan, aku sŭndiri bukan mŭngirakan diriku. Kŭrna suatu pun aku tiada mŭngatahui dŭngan sŭndiriku; tŭtapi dalam itu pun aku tiada dibŭnarkan: mŭlainkan yang mŭngirakan aku hanya Tuhan. Maka sŭbab itu janganlah dikirakan barang suatu dahulu deripada waktunya, sampie datang Tuhan, yang akan mŭnŭrangkan sagala pŭrkara yang tŭrsŭmbunyi dalam glap, sŭrta mŭnyatakan fikiran hati itu: maka pada masa itulah kŭlak dipuji ulih Allah akan tiap tiap orang adanya.
1 KORINTUS 4:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kamu hendaklah memandang kami sebagai hamba Kristus yang diamanahkan dengan rahsia-rahsia Allah. Setelah dipertanggungjawabkan dengan amanah, hamba demikian itu wajib membuktikan bahawa dia dapat dipercayai. Aku tidak peduli baik diadili oleh kamu mahupun orang lain; malah diriku sendiri pun tidak aku adili. Aku tidak berasa bersalah, tetapi ini tidak bererti aku tidak bersalah. Yang berhak mengadili aku hanya Tuhan sendiri. Oleh itu, janganlah menghakimi seseorang sama ada dia bersalah atau tidak sebelum sampai waktunya. Tunggulah hingga Tuhan datang kembali dan mendedahkan segala rahsia yang diselubungi kegelapan, segala niat yang terpendam dalam hati manusia. Ketika itulah setiap orang akan mendapat penilaian yang sewajarnya daripada Allah.