1 KORINTUS 3:5-15
1 KORINTUS 3:5-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Sebenarnya siapakah Apolos itu? Siapakah Paulus? Kami hanya hamba Allah, yang memimpin kamu percaya kepada Kristus. Kami hanya menjalankan tugas masing-masing yang diberikan oleh Tuhan. Aku menanam benih dan Apolos menyiramnya, tetapi Allah sendiri yang menyebabkan tanaman itu tumbuh. Orang yang menanam benih dan orang yang menyiramnya tidaklah penting. Allah sahaja yang penting, kerana Dia yang menyebabkan tanaman itu tumbuh. Orang yang menanam benih setaraf dengan orang yang menyiramnya; Allah akan mengurniakan pahala menurut kerja masing-masing. Kami orang yang bekerja bersama-sama untuk Allah, dan kamu bagaikan ladang Allah. Kamu juga bagaikan bangunan Allah. Dengan kurnia yang dianugerahkan Allah, aku sebagai pembina yang mahir sudah meletakkan asas bangunan tersebut, dan orang lain membina bangunan di atas asas itu. Tetapi setiap orang haruslah membinanya dengan cermat, kerana Allah sendiri sudah menempatkan Yesus Kristus sebagai satu-satunya asas bagi bangunan itu, dan tidak ada asas yang lain. Ada orang yang menggunakan emas, perak, atau batu permata untuk mendirikan bangunan di atas asas itu. Ada juga orang yang menggunakan kayu, rumput kering ataupun jerami. Tetapi mutu kerja setiap orang akan kelihatan pada hari Kristus datang kembali, kerana pada hari itu api akan menyatakan kerja setiap orang. Api akan menguji dan menentukan mutu kerja setiap orang. Jika apa yang didirikan di atas asas itu tahan api, pembinanya akan menerima pahala. Tetapi jika kerja seseorang terbakar, dia akan rugi. Dia sendiri akan selamat, seperti orang yang melepaskan diri daripada api.

1 KORINTUS 3:5-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Siapakah Paulus itu, dan siapakah Apollos itu, mŭlainkan iya itu suroh surohan ulihnya juga kamu tŭlah pŭrchaya, iya itu sakŭdar yang dikurniakan Tuhan kapada masing masing orang. Bahwa aku tŭlah bŭrtanam, dan Apollos tŭlah mŭndirus; bahwasanya Allah juga yang mŭnumbohkan. Maka dŭmkianlah adanya orang yang bŭrtanam, dan orang yang mŭndirus itu satu pun tidak; tŭtapi Allah juga yang mŭnumbohkan. Adapun skarang orang yang bŭrtanam dan orang yang mŭndirus suatu juga adanya: tŭtapi masing masing orang kŭlak akan mŭnŭrima upah sakŭdar kŭlŭlahannya. Kŭrna kami ini orang bŭkŭrja bŭrsama sama dŭngan Allah: maka kamulah bandang Allah, dan kamulah rumah Allah. Maka sa’kŭdar anugrah yang dikurniakan Allah kapadaku, spŭrti kapada tukang rumah yang paham, aku tŭlah mŭmbuboh alas tembok, dan orang lain mŭmbangunkan diatasnya. Tŭtapi handaklah masing masing orang ingat bagimanakah halnya iya kandak mŭmbangunkan diatasnya itu. Kŭrna sa’orang pun tiada dapat mŭlŭtakkan alas lain deripada yang tŭlah dilŭtakkan, iya itu Isa Almasih. Adapun skarang jikalau barang siapa mŭmbangunkan diatas alas tembok ini mas, dan perak, dan pŭrmata yang indah indah, dan kayu, dan rumpot rumpotan, dan jŭrami; Bahwa pŭkŭrjaan masing masing itu akan dinyatakan kŭlak: kŭrna hari itu akan mŭnunjokkan dia, kŭrna iya itu kŭlak akan dinyatakan dŭngan api; maka pŭkŭrjaan masing masing itu pun kŭlak akan diuji dŭngan api bŭtapa halnya. Maka jikalau kiranya tinggal pŭkŭrjaan barang sa’orang yang dibangunkannya diatasnya itu, maka iya kŭlak akan mŭndapat faalanya. Jikalau kiranya kŭlak barang sa’orang ampunya pŭkŭrjaan itu tŭrbakar, maka iya kŭlak mŭrasai rugi: tŭtapi iya sŭndiri akan dipliharakan, itu pun sapŭrti orang yang tŭrlŭpas deripada api.
1 KORINTUS 3:5-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Siapakah Apolos? Siapakah Paulus? Kami hanyalah hamba Allah yang memimpinmu ke arah iman terhadap Kristus. Kami sekadar menjalankan tugas yang ditetapkan oleh Tuhan. Aku menyemaikan benih manakala Apolos menyiram, tetapi Allah yang membolehkan tanaman itu tumbuh. Yang menyemaikan benih dan yang menyiram tidak penting. Hanya Allah yang penting, kerana Dialah yang membolehkan tanaman itu tumbuh. Yang menyemaikan benih dan yang menyiram mempunyai kedudukan yang sama. Allah akan mengurniakan ganjaran berdasarkan kerja masing-masing. Kami sama-sama pekerja Allah, dan kamu ibarat ladang Allah. Kamu juga boleh diumpamakan sebagai bangunan Allah. Dengan kasih kurnia Allah, aku sebagai pembina yang mahir telah meletakkan asas bangunan itu, lalu orang lain membina bangunan di atas asas itu. Setiap orang yang membina perlu berhati-hati. Kerana tiada siapa yang dapat meletakkan asas selain asas yang telah tersedia, iaitu Yesus Kristus. Ada orang yang menggunakan emas, perak atau permata untuk membina bangunan di atas asas itu. Ada pula yang menggunakan kayu, rumput kering atau jerami. Mutu kerja setiap orang akan terserlah pada hari Tuhan datang kembali, kerana ia akan diuji dengan api. Sekiranya bangunan yang didirikan di atas asas itu tahan api, pembinanya akan mendapat ganjaran. Sebaliknya, jika bangunan yang dibina oleh seseorang itu dimakan api, dia akan kerugian, walaupun dirinya terselamat seperti orang yang terlepas daripada kebakaran.