1 KORINTUS 3:1-9

1 KORINTUS 3:1-9 Alkitab Berita Baik (BM)

Saudara-saudaraku! Sebenarnya aku tidak dapat bercakap dengan kamu seperti bercakap dengan orang yang mempunyai Roh Allah. Aku terpaksa bercakap dengan kamu seperti bercakap dengan orang yang masih dikuasai keinginan duniawi, atau seperti bercakap dengan orang yang masih kanak-kanak dalam kepercayaan mereka kepada Kristus. Dahulu aku memberi kamu susu, bukan makanan orang dewasa kerana kamu belum sedia menerimanya. Tetapi sekarang pun kamu masih belum dapat menerima ajaran yang lebih dalam, kerana kamu masih hidup menurut tabiat manusia. Apabila kamu iri hati dan saling bertengkar, bukankah hal itu membuktikan bahawa kamu hidup menurut tabiat manusia, seperti orang yang tidak mengenal Allah? Apabila seseorang berkata, “Aku mengikut Paulus,” dan yang lain berkata, “Aku mengikut Apolos,” bukankah kelakuan kamu seperti kelakuan orang dunia ini? Sebenarnya siapakah Apolos itu? Siapakah Paulus? Kami hanya hamba Allah, yang memimpin kamu percaya kepada Kristus. Kami hanya menjalankan tugas masing-masing yang diberikan oleh Tuhan. Aku menanam benih dan Apolos menyiramnya, tetapi Allah sendiri yang menyebabkan tanaman itu tumbuh. Orang yang menanam benih dan orang yang menyiramnya tidaklah penting. Allah sahaja yang penting, kerana Dia yang menyebabkan tanaman itu tumbuh. Orang yang menanam benih setaraf dengan orang yang menyiramnya; Allah akan mengurniakan pahala menurut kerja masing-masing. Kami orang yang bekerja bersama-sama untuk Allah, dan kamu bagaikan ladang Allah. Kamu juga bagaikan bangunan Allah.

1 KORINTUS 3:1-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

HIE sagala saudaraku, adapun aku ini tiadalah bulih kata katakan kapadamu spŭrti kapada orang yang digrakkan roh, mŭlainkan spŭrti kapada manusia yang bŭrnafsu dunia, iya itu spŭrti kapada kanak kanak mŭnyusu dalam agama Almasih. Maka aku tŭlah mŭmbri makan akan dikau susu, bukannya daging: kŭrna skian lama kamu tiada bulih mŭnahani akan dia, maka sampie skarang pun tiada juga kamu bulih. Kŭrna kamu ada lagi dalam nafsu dunia: maka kalau diantara kamu itu ada pŭrbantahan, dan pŭrchidraan, maka bukankah kamu dalam hal nafsu dunia, dan mŭlakukan spŭrti klakuan manusia? Kŭrna apabila sa’orang bŭrkata, Bahwa aku ini mŭnurot Paulus; dan kata yang lain pula, Aku ini mŭnurot Apollos; bukankah kamu dalam hal nafsu dunia? Siapakah Paulus itu, dan siapakah Apollos itu, mŭlainkan iya itu suroh surohan ulihnya juga kamu tŭlah pŭrchaya, iya itu sakŭdar yang dikurniakan Tuhan kapada masing masing orang. Bahwa aku tŭlah bŭrtanam, dan Apollos tŭlah mŭndirus; bahwasanya Allah juga yang mŭnumbohkan. Maka dŭmkianlah adanya orang yang bŭrtanam, dan orang yang mŭndirus itu satu pun tidak; tŭtapi Allah juga yang mŭnumbohkan. Adapun skarang orang yang bŭrtanam dan orang yang mŭndirus suatu juga adanya: tŭtapi masing masing orang kŭlak akan mŭnŭrima upah sakŭdar kŭlŭlahannya. Kŭrna kami ini orang bŭkŭrja bŭrsama sama dŭngan Allah: maka kamulah bandang Allah, dan kamulah rumah Allah.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami