1 KORINTUS 15:3-4,12-22

1 KORINTUS 15:12-22 Alkitab Berita Baik (BM)

Kami mengisytiharkan bahawa Kristus sudah dibangkitkan daripada kematian. Mengapa beberapa orang di kalangan kamu berkata bahawa orang mati tidak akan dibangkitkan? Jika orang mati tidak dibangkitkan, hal itu bererti Kristus pun tidak dibangkitkan. Jika Kristus tidak dibangkitkan daripada kematian, maka berita yang kami khabarkan dan kepercayaan kamu kepada Kristus sia-sia belaka. Hal itu juga bererti kami berdusta tentang Allah, kerana kami berkata bahawa Allah sudah membangkitkan Kristus daripada kematian. Jika memang benar orang mati tidak dibangkitkan, maka Allah tidak membangkitkan Kristus daripada kematian. Jika orang mati tidak dibangkitkan, maka Kristus pun tidak dibangkitkan. Jika Kristus tidak dibangkitkan daripada kematian, maka kepercayaan kamu itu khayalan belaka dan kamu masih dikuasai dosa. Hal itu juga bererti orang yang percaya kepada Kristus dan yang sudah mati, semuanya tidak mempunyai harapan. Jika harapan kita kepada Kristus terbatas kepada hidup kita di dunia ini sahaja, maka kitalah yang paling malang antara semua orang di dunia ini! Tetapi sebenarnya Kristus sudah dibangkitkan daripada kematian. Itulah jaminan bahawa mereka yang sudah mati akan dibangkitkan juga. Hal itu demikian kerana sebagaimana kematian datang ke dunia melalui satu orang, begitu juga kebangkitan daripada kematian diberikan melalui satu orang. Sebagaimana semua orang mati kerana tergolong satu dengan Adam, begitu juga semua orang akan dihidupkan semula kerana tergolong satu dengan Kristus.

1 Korinthus 15:12-22 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Adapun jikalau Almasih itu dimashorkan, bahwa iya tŭlah dibangkitkan deripada matinya, maka bagimanakah garangannya kata sŭtŭngah orang diantara kamu tiada kŭbangkitan orang mati? Maka jikalau kiranya tiada kŭbangkitan orang mati itu, nŭschaya Almasih pun tiadalah bangkit. Shahadan jikalau Almasih itu tiada bangkit, nŭschaya sia sialah adanya pŭngajaran kami, dan lagi sia sialah adanya iman kamu pun. Bahkan, maka kami didapati mŭnjadi saksi saksi dusta kapada Allah; sŭbab kami tŭlah mŭngaku kŭrna Allah, bahwasanya iya tŭlah mŭmbangkitkan Almasih, yang tiada dibangkitkannya, jikalau sungguh orang mati itu tiada bŭrbangkit. Kŭrna jikalau kiranya orang mati itu tiada bŭrbangkit, nŭschaya Almasih pun tiadalah bŭrbangkit: Dan jikalau kiranya Almasih itu tiada dibangkitkan, nŭschaya sia sialah iman kamu; dan tinggallah lagi kamu dalam dosamu juga. Maka orang orang itupun yang tŭlah mangkat bŭradu dalam Almasih binasalah. Maka jikalau dalam hayat skarang ini sahja kami mŭnaroh harap akan Almasih, nŭschaya kamilah orang kŭna chilaka tŭrlebih deripada sagala manusia adanya. Tŭtapi skarang Almasih itu sudah bŭrbangkit deripada matinya, akan mŭnjadi buah buahan bungaran bagie sagala orang yang tŭlah mangkat bŭradu. Kŭrna sŭbab sa’orang manusialah maut itu tŭlah datang, dŭmkianlah pula ulih sŭbab sa’orang manusia juga, kŭbangkitan deripada mati itu tŭlah datang. Kŭrna ulih sŭbab Adam sagala manusia tŭlah mati, maka dŭmkian lagi ulih sŭbab Almasih skaliannya itu tŭlah dihidopkan pula.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami