1 KORINTUS 14:6-12,26
1 KORINTUS 14:6-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudara-saudaraku, seandainya aku datang kepada kamu dan berkata-kata dalam bahasa-bahasa yang ajaib, apakah faedahnya bagi kamu? Tentu tidak ada faedahnya sama sekali! Lain halnya jika aku menyampaikan suatu kenyataan daripada Allah, atau menjelaskan sesuatu tentang Allah, atau menyampaikan berita daripada Allah, ataupun mengajar. Marilah kita ambil contoh alat-alat muzik yang tidak bernyawa, seperti seruling dan kecapi. Jika not-notnya tidak dimainkan dengan jelas, bagaimanakah orang dapat mengetahui lagu yang dimainkan? Jika trompet ditiup dengan tidak menentu, siapakah yang akan bersiap untuk berperang? Demikian juga, siapakah yang akan memahami apa yang kamu katakan, jika perkhabaran yang kamu sampaikan dalam bahasa yang ajaib itu tidak jelas? Kata-kata kamu itu sia-sia. Banyak bahasa di dunia ini, tetapi semuanya bermakna. Jika aku tidak memahami bahasa yang digunakan seseorang, maka orang itu menjadi seperti orang asing kepadaku; begitu juga aku kepada dia. Aku tahu bahawa kamu ingin sekali menerima kurnia-kurnia daripada Roh Allah. Tetapi yang terutama, kamu harus berusaha untuk menggunakan kurnia-kurnia yang dapat meneguhkan jemaah.
1 KORINTUS 14:26 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudara-saudaraku, beginilah maksudku. Pada waktu kamu berhimpun untuk menyembah Tuhan, hendaklah seorang menyanyi, seorang lagi mengajar, seorang lagi menyampaikan perkhabaran daripada Allah, seorang lagi menyampaikan perkhabaran dalam bahasa yang ajaib, dan seorang lagi menjelaskan apa yang dikatakan orang itu. Semuanya harus dilakukan untuk menolong dan membina jemaah.
1 KORINTUS 14:6-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka skarang pun saudara saudaraku, jikalau kiranya aku datang kapada kamu dŭngan mŭnutor bŭrbagie bagie bahsa, maka apakah fiedahnya yang kamu bŭrulih deripada aku, mŭlainkan kalau aku bŭrtutor kŭlak padamu dŭngan kanyataan, atau dŭngan pŭngatahuan, atau dŭngan ibarat, atau dŭngan pŭngajaran? Maka maski pun bŭndah bŭndah yang tiada bŭrnyawa itu bŭrbunyi, baik bangsi atau kŭchapi, kŭchuali iya bŭrbunyi dŭngan tŭntunya, bagimanakah garangan dapat dikŭtahui yang mana ragam bangsi, dan yang mana ragam kŭchapi? Kŭrna jikalau srunie itu bŭrbunyi tiada kŭtahuan, siapakah akan bŭrsiapkan dirinya kapada prang? Maka dŭmkianlah adanya kamu ini pun, kŭchuali jikalau kamu tiada bŭrbunyi pŭrkataan yang sŭnang bulih mŭngarti, bagimanakah bulih dapat dikatahui barang yang dikatakan? kŭrna adalah kamu ini spŭrti orang yang bŭrtutor kapada angin juga. Maka adalah barang kali juga kabanyakkan jŭnis bunyi suara dalam dunia, tŭtapi barang suatu jua pun tiada yang korang bŭrarti. Maka sŭbab itu jikalau kiranya tiada aku mŭngatahui artinya bahsa itu, nŭschaya adalah aku sa’orang dagang bagie orang yang bŭrtutor itu, dan lagi orang yang bŭrtutor itupun sa’orang dagang juga bagieku. Maka dŭmkian lagi kamu pun, tŭtkala kamu mŭngusahakan dirimu handak bŭrulih anugrah Roh Alkudus, maka handaklah kamu mŭnchari supaya kamu mŭnambah nambahi akan mŭndatangkan kŭbajikan kapada sidang jŭmaah.
1 Korinthus 14:26 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bagimanakah skarang, saudara saudara? apabila kamu bŭrhimpon, masing masing ada yang bŭrmazmur, ada yang bŭrpŭngajaran, ada yang tahu bahsa, ada yang mŭmpunyai pŭrtunjokkan, ada yang mŭmpunyai tŭrjŭmah. Maka biarlah sagala sŭsuatu itu jadi dŭngan bŭrfiedah.
1 KORINTUS 14:6-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudaraku, bermanfaatkah bagimu sekiranya aku datang bertutur kepadamu dalam lidah? Tidakkah lebih bermanfaat jika aku bertutur dalam bahasa yang kamu fahami, baik dalam penyampaian wahyu, ilmu pengetahuan, nubuat mahupun pengajaran? Samalah dengan benda-benda tidak bernyawa yang mengeluarkan bunyi; seperti seruling atau kecapi, jika bunyinya tidak terang, bagaimana orang dapat mengetahui lagu apa yang dimainkan? Sekiranya nafiri mengeluarkan bunyi yang tidak menentu, siapa yang akan bersiap untuk berperang? Demikianlah juga, jika kamu tidak bertutur dengan bahasa yang jelas, bagaimanakah orang dapat mengetahui apa yang kamu katakan? Kamu seolah-olah bercakap kepada angin. Bahasa dunia entah berapa banyaknya, tetapi tiada satu pun yang tidak bererti. Namun demikian, jika aku tidak mengetahui erti sesuatu bahasa, maka aku menjadi orang asing bagi penuturnya dan penutur itu orang asing bagiku. Begitu jugalah kamu. Dalam berusaha untuk mendapat kurnia-kurnia rohani, berusahalah untuk memperoleh yang utama, iaitu yang dapat membina jemaah.
1 Korintus 14:26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jadi bagaimana, saudara-saudaraku? Apabila kamu berhimpun, hendaklah masing-masing menyampaikan mazmur, atau pengajaran, atau wahyu, atau sesuatu dalam lidah, ataupun pentafsirannya. Tetapi hendaklah semuanya bertujuan untuk membina jemaah.