1 KORINTUS 13:4-13

1 KORINTUS 13:4-13 Alkitab Berita Baik (BM)

Sesiapa yang mengasihi orang lain, sabar dan baik hati; dia tidak iri hati, tidak bercakap besar, dan tidak sombong. Dia tidak berkasar, tidak mementingkan diri sendiri, tidak cepat tersinggung, dan tidak mendendam. Sesiapa yang mengasihi orang lain, tidak gembira dengan kejahatan. Tetapi dia gembira dengan kebaikan. Dia tahan menghadapi segala sesuatu; dia mempercayai orang lain, tidak hilang harapan, dan sentiasa bersabar. Orang perlu sentiasa mengasihi orang lain. Sekarang ada orang yang dapat menyampaikan perkhabaran daripada Allah, tetapi hal itu hanya untuk sementara. Sekarang ada yang mempunyai kurnia untuk bercakap dalam pelbagai bahasa yang ajaib, tetapi hal itu akan berakhir juga. Sekarang ada orang yang mengetahui banyak hal yang dalam, tetapi semua itu pun akan dilupakan. Hal itu demikian kerana pengetahuan kita dan kebolehan kita untuk menyampaikan perkhabaran daripada Allah, kurang sempurna. Tetapi apabila Allah membuat semuanya sempurna, maka yang tidak sempurna akan lenyap. Semasa aku masih kanak-kanak, aku bercakap, bersikap, dan berfikir seperti kanak-kanak. Tetapi sekarang setelah dewasa, aku tidak lagi berkelakuan seperti kanak-kanak. Allah yang kita lihat sekarang ini hanya seperti bayangan kabur pada cermin muka. Tetapi kelak kita akan melihat-Nya dengan jelas. Sekarang apa yang aku ketahui belum lengkap, tetapi kelak aku akan mengetahui semuanya, seperti Allah mengetahui segala sesuatu tentang diriku. Sementara ini ada tiga perkara yang harus tetap dilakukan: percaya, berharap, dan mengasihi orang lain. Tetapi yang paling penting daripada ketiga-tiganya adalah mengasihi orang lain.

1 KORINTUS 13:4-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Adapun pŭngasihan itu tahan lama dan sayang; pŭngasihan itu tiada bŭrdŭngki; pŭngasihan itu tiada mŭmŭgahkan dirinya, dan tiada pula chongkak: Dan tiada pula iya bŭrlaku dŭngan tiada bŭrkŭtahuan, dan tiada iya mŭnchari untong bagie dirinya sŭndiri, dan tiada iya suang suang marah, dan tiada iya bŭrfikir jahat; Maka tiada pula iya gŭmar kapada kŭsalahan, hanya iya gŭmar pada kabŭnaran itu; Maka iya mŭnanggong sagala sŭsuatu, dan pŭrchaya sagala sŭsuatu, dan harap sagala sŭsuatu, dan mŭnahani sagala sŭsuatu. Maka pŭngasihan itu tiada pŭrnah habis: tŭtapi jikalau ada nabuat nabuat, itu kŭlak akan habis; dan jikalau ada jŭnis jŭnis bahsa, itupun akan bŭrhŭnti; dan jikalau ada pŭngatahuan, itu pun kŭlak akan lŭnyap adanya. Kŭrna kami mŭngatahui sŭparoh sahja, dan kami mŭngajar pun sŭparoh sahja. Tŭtapi apabila datang kŭlak pŭrkara yang samporna itu, maka tŭtkala itulah pŭrkara yang sŭparoh itu akan ditolak kŭlak. Maka pada masa aku kanak kanak, aku bŭrkata kata spŭrti kanak kanak, dan mŭngarti pun spŭrti kanak kanak, dan bŭrfikir pun spŭrti kanak kanak: tŭtapi apabila aku sampie akal balir, aku buangkanlah sagala pŭrkara kanak kanak. Kŭrna skarang ini kami mŭnilik dŭngan chirmin, kaburlah juga, tŭtapi kumdian kŭlak muka sama muka: maka skarang ini aku mŭngatahui sŭparoh sahja; tŭtapi kumdian kŭlak aku akan mŭngatahui spŭrti aku dikŭtahui. Maka skarang ini adalah tŭrtinggal iman, dan harap, dan pŭngasihan, katiga ini; tŭtapi yang tŭrutama deripada skalian ini iya itulah pŭngasihan.

1 KORINTUS 13:4-13

1 KORINTUS 13:4-13 BM1 KORINTUS 13:4-13 BM1 KORINTUS 13:4-13 BM1 KORINTUS 13:4-13 BM

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami