1 KORINTUS 12:12-14,21-27
1 KORINTUS 12:12-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Kristus bagaikan tubuh manusia, yang mempunyai banyak anggota. Tubuh itu satu tetapi terdiri daripada banyak anggota. Demikian juga kita semua, baik orang Yahudi mahupun orang bukan Yahudi, baik hamba mahupun orang bebas; kita semua sudah dibaptis oleh Roh yang sama, supaya kita menjadi satu tubuh. Allah sudah mencurahkan Roh yang sama itu kepada kita. Aku berkata demikian kerana tubuh tidak terdiri daripada satu anggota sahaja, melainkan banyak anggotanya.
1 KORINTUS 12:21-27 Alkitab Berita Baik (BM)
Dengan demikian mata tidak boleh berkata kepada tangan, “Aku tidak memerlukan kamu!” Kepala pun tidak boleh berkata kepada kaki, “Aku tidak memerlukan kamu!” Sebaliknya kita amat memerlukan anggota-anggota tubuh yang dianggap lemah. Anggota tubuh yang kita anggap tidak begitu dihargai, kita berikan lebih banyak penghargaan. Anggota tubuh yang tidak selayaknya dipercakapkan, kita perlakukan dengan penuh kesopanan. Anggota-anggota tubuh yang sudah kelihatan cantik tidak memerlukan perhatian. Allah sudah mengatur tubuh kita sedemikian rupa sehingga anggota tubuh yang kita anggap kurang dihargai mendapat lebih banyak penghargaan. Dengan demikian tubuh itu tidak terbahagi-bahagi, dan setiap anggota saling memperhatikan. Jika satu anggota tubuh menanggung penderitaan, semua anggota lain menanggung penderitaan juga. Jika satu anggota tubuh dipuji, semua anggota lain turut bersukacita. Kamu semua tubuh Kristus, dan setiap orang sebahagian daripada tubuh itu.
1 KORINTUS 12:12-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna spŭrti tuboh itu suatu, dan anggotanya ada banyak, maka skalian anggota tuboh yang suatu itu sungguh pun banyak adanya, suatu juga tubohnya; maka dŭmkianlah juga Almasih. Kŭrna kami skalian sudah dibaptisakan ulih suatu Roh juga dijadikannya suatu tuboh; baik orang Yahudi, baik orang Grika, baik abdi, baik mŭrdehka, dan skalian sudah dibri minum suatu roh juga. Kŭrna tuboh itu bukannya satu anggota sahja, mŭlainkan banyak.
1 Korinthus 12:21-27 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka mata itu tiada bulih bŭrkata kapada tangan, Bahwa tiada aku bŭrhajat akan dikau; atau kata kŭpala kapada kaki, Bahwa tiada aku bŭrhajat akan dikau. Bahkan, maka tŭrlebih pulah anggota anggota tuboh yang dikirakan tŭrlebih lŭmah adanya, maka iya itulah ada bŭrguna juga. Maka anggota anggota tuboh yang kita kirakan kurang mulia, maka pada dia itu juga kita mŭngadakan banyak kamuliaan; dan anggota kita yang korang mulia itu, maka iya itulah yang bŭrulih kamuliaan. Kŭrna sagala anggota kami yang mulia itu ta’usahlah dimuliakan; tŭtapi Allah tŭlah mŭmatutkan tuboh itu, sŭrta mŭmbri lebih mulia kapada anggota yang korang itu. Supaya jangan kŭlak bŭrchidra dalam tuboh itu, tŭtapi sagala anggota itu patut dipliharakan bŭrsama sama spŭrti yang lain. Maka jikalau suatu anggota itu mŭrasai sakit, maka sagala anggota pun mŭrasai sakit juga; dan jikalau suatu anggota dipŭrmuliakan, maka sagala anggota pun gŭmarlah juga adanya. Maka skarang kamulah dia tuboh Almasih adanya, dan anggota anggota juga bŭrmasing masing.
1 KORINTUS 12:12-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sebagaimana tubuh yang satu mempunyai banyak anggota, tetapi semua anggota itu merupakan satu tubuh, demikian juga Kristus. Oleh satu Roh kita semua telah dibaptiskan ke dalam satu tubuh — baik orang Yahudi mahupun orang Yunani, baik hamba mahupun orang merdeka — dan semua telah disuruh minum ke dalam satu Roh yang sama. Tubuh bukan hanya terdiri daripada satu anggota tetapi banyak anggota.
1 Korintus 12:21-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Mata tidak boleh berkata kepada tangan, “Aku tidak memerlukanmu,” kepala tidak boleh berkata kepada kaki, “Aku tidak memerlukanmu.” Malah, anggota-anggota tubuh yang kelihatan lebih lemah itulah yang amat kita perlukan. Kepada anggota-anggota yang kita anggap kurang terhormat, kita berikan lebih banyak penghormatan; dan bahagian-bahagian tubuh kita yang tidak layak ditunjukkan mempunyai lebih banyak kesopanan. Sedangkan bahagian-bahagian yang layak ditunjukkan tidak memerlukannya. Dalam mencipta tubuh, Allah telah memberikan lebih banyak penghormatan kepada bahagian yang kurang memilikinya, supaya tidak ada perpecahan dalam tubuh, tetapi semua anggota sama-sama prihatin antara satu sama lain. Jika satu anggota menderita, semuanya turut menderita; sebaliknya jika satu diberi penghormatan, semua turut bersukacita. Kamu adalah tubuh Kristus, dan setiap daripadamu anggota tubuh itu.