ZEFANYA 2:1-3

ZEFANYA 2:1-3 BM

Hai bangsa yang tidak tahu malu, insaflah sebelum kamu diusir seperti sekam yang ditiup angin. Insaflah sebelum hari kemurkaan TUHAN tiba, dan sebelum kamu ditimpa kemarahan TUHAN yang menyala-nyala. Kembalilah kepada TUHAN, hai semua orang yang rendah hati di negeri ini, iaitu orang yang mentaati perintah-Nya. Lakukanlah apa yang dikehendaki TUHAN, dan rendahkanlah dirimu di hadapan-Nya. Mungkin kamu akan terlepas daripada hukuman pada hari TUHAN menunjukkan kemurkaan-Nya.