KIDUNG AGUNG 1:1-6
KIDUNG AGUNG 1:1-6 BM
Kidung Agung oleh Raja Salomo. Ciumlah aku dengan bibirmu; cintamu lebih nikmat daripada wain. Engkau harum semerbak, namamu seperti minyak wangi yang dicurahkan. Oleh itu, gadis-gadis cinta kepadamu. Cepatlah, bawalah aku bersama-samamu, ya rajaku, bawalah aku ke bilikmu. Kami akan bersukaria kerana engkau, dan memuji cintamu lebih daripada wain; patutlah gadis-gadis cinta kepadamu. Hai puteri-puteri Yerusalem, sungguhpun aku hitam tetapi aku manis; walaupun aku hitam seperti khemah Kedar, tetapi aku cantik seperti tirai di istana Salomo. Jangan hina aku kerana kulitku hitam; aku hitam kerana kena sinaran matahari. Saudara-saudaraku marah terhadap aku, dan memaksa aku bekerja di ladang anggur; aku tiada masa menjaga diriku sendiri.

