WAHYU 6:12-14

WAHYU 6:12-14 BM

Kemudian aku melihat Anak Domba itu memecahkan meterai keenam. Lalu berlakulah gempa bumi yang dahsyat. Matahari menjadi hitam seperti kain hitam yang kasar, dan bulan menjadi merah seperti darah. Bintang-bintang jatuh dari langit ke bumi, seperti buah ara yang belum matang gugur dari pokok semasa digoncang oleh angin keras. Langit menghilang seperti gulungan naskhah yang digulung, dan semua gunung serta pulau beralih tempat.