MAZMUR 65:9-13

MAZMUR 65:9-13 BM

Semua penduduk bumi takut dan hormat, ketika melihat perbuatan-perbuatan-Mu yang hebat. Tindakan-Mu membawa sorakan riang di seluruh bumi dari hujung ke hujung. Engkau memelihara bumi dengan menurunkan hujan; Engkau menjadikan tanahnya baik dan subur. Engkau mengisi anak sungai dengan air; Engkau menumbuhkan tanaman di bumi. Begitulah perbuatan-Mu. Engkau menurunkan hujan lebat dan mengairi ladang yang dibajak; Engkau menggemburkan tanah dengan curahan hujan dan menjadikan tanaman tumbuh dengan subur. Betapa banyaknya hasil tanaman kerana kebaikan-Mu! Ke mana sahaja Engkau pergi, makanan berlimpah selalu. Padang rumput penuh dengan ternakan; bukit-bukit penuh dengan kegembiraan.