MAZMUR 60

60
Doa Minta Tolong
1Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Bunga Bakung Kesaksian. Mazmur Raja Daud, 2 ketika baginda memerangi orang Aram-Mesopotamia dan orang Aram-Zoba, dan ketika Yoab pulang dan membunuh 12,000 orang Edom di Lembah Masin.
3Ya Allah, Engkau telah menolak kami dan mengalahkan kami;
Engkau murka terhadap kami, tetapi kini kembalilah kepada kami!
4Engkau telah menggempakan bumi sehingga belah;
perbaikilah yang pecah kerana bumi goyah.
5Engkau telah menyebabkan umat-Mu mengalami penderitaan berat,
sehingga kami terhuyung-hayang seperti orang mabuk.
6Engkau telah memberikan amaran kepada orang yang menghormati Engkau,
supaya mereka terlepas daripada kebinasaan.
7Selamatkanlah kami dengan kuasa-Mu; kabulkanlah doa kami,
supaya umat yang Engkau kasihi diselamatkan.
8Dari kediaman-Nya yang suci, Allah berfirman,
“Aku akan bersorak dan membahagi-bahagikan tanah Sikhem,
dan mengagihkan Lembah Sukot kepada umat-Ku.
9Gilead dan Manasye kepunyaan-Ku,
Efraim topi besi-Ku,
dan Yehuda tongkat pemerintahan-Ku.
10Tetapi Moab hanya tempat pembasuhan-Ku;
kepada Edom Aku lemparkan kasut-Ku,
sebagai tanda bahawa Edom milik-Ku.
Adakah orang Filistin berfikir bahawa
mereka akan bersorak kerana mengalahkan Aku?”
11Siapakah yang akan membawa aku ke dalam kota yang berkubu itu?
Siapakah yang akan membawa aku ke Edom?
12Ya Allah, adakah Engkau sudah menolak kami?
Tidakkah Engkau maju bersama-sama tentera kami?
13Tolonglah kami melawan musuh,
kerana pertolongan manusia tidak berguna.
14 Bersama dengan Allah, kita akan berjaya;
Dialah yang akan mengalahkan musuh kita.

Terpilih Sekarang Ini:

MAZMUR 60: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami