MAZMUR 55:4-8
MAZMUR 55:4-8 BM
Aku cemas kerana ancaman musuhku, dan remuk kerana orang jahat menindas aku. Mereka menyusahkan aku; mereka marah kepadaku dan membenci aku. Aku sangat ketakutan, ngeri akan dahsyatnya kematian. Aku diliputi ketakutan dan kegentaran, dan dicengkam oleh perasaan seram. Sekiranya aku bersayap seperti burung merpati, aku akan terbang mencari tempat yang tenang. Aku akan terbang jauh sekali; padang gurun akan kudiami.