Mazmur Daud. Sajak. Berbahagialah orang yang dosa mereka telah diampunkan, yang kesalahan mereka telah dimaafkan. Berbahagialah orang yang tidak dituduh oleh TUHAN kerana kejahatan mereka, dan yang tidak suka menipu. Ketika aku tidak mengakui dosaku, aku letih kerana menangis sepanjang hari. Siang malam Engkau menghukum aku, ya TUHAN; tenagaku habis seperti embun diserap terik matahari. Kemudian aku mengakui dosaku kepada-Mu; aku tidak menyembunyikan perbuatanku yang salah. Aku mengambil keputusan untuk mengakui dosaku kepada-Mu, dan Engkau mengampunkan segala kesalahanku. Oleh itu semua umat-Mu yang setia haruslah berdoa kepada-Mu pada masa kesusahan; apabila banjir kesusahan melanda, mereka tidak ditimpanya. Engkaulah tempat persembunyianku, Engkau akan menyelamatkan aku daripada kesusahanku. Aku bersorak memuji-Mu, kerana Engkau menyelamatkan dan melindungi aku.
Baca MAZMUR 32
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 32:1-7
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video