MAZMUR 21

21
Pujian kerana Kemenangan
1Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.
2Raja bergembira, ya TUHAN,
kerana Engkau menguatkan raja;
raja bersukacita kerana kemenangan
yang Engkau berikan kepadanya.
3Engkau telah memenuhi segala hasrat hatinya;
Engkau telah mengabulkan permintaannya.
4Engkau datang kepadanya dengan berkat yang berlimpah,
dan mengenakan mahkota emas di atas kepalanya.
5Raja meminta hidup, maka Engkau pun memberikan hidup kepadanya,
bahkan umur panjang untuk selama-lamanya.
6Kemuliaannya besar kerana pertolongan-Mu;
Engkau telah memberi raja kemasyhuran dan keagungan.
7Berkat-Mu kepadanya berlanjutan,
dan hadirat-Mu membuat raja sangat girang.
8Raja yakin kepada TUHAN Yang Maha Tinggi;
baginda selalu selamat kerana sentiasa dikasihi TUHAN.
9Raja akan menangkap semua musuhnya;
raja akan menawan semua orang yang membenci baginda.
10Raja datang seperti api yang menyala-nyala
untuk memusnahkan mereka.
TUHAN akan membinasakan mereka oleh kemurkaan-Nya,
dan api akan menghanguskan mereka.
11Raja akan membunuh semua anak mereka,
dan menghapuskan semua keturunan mereka.
12Mereka membuat rancangan, dan berkomplot menentang raja,
tetapi mereka tidak akan berjaya.
13Raja akan melepaskan anak panah ke arah mereka,
dan membuat mereka berpatah balik dan lari.
14Kami memuji Engkau, ya TUHAN, kerana besarlah kuasa-Mu!
Kami akan menyanyi dan memuji keperkasaan-Mu.

Terpilih Sekarang Ini:

MAZMUR 21: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami