MAZMUR 16:5-11
MAZMUR 16:5-11 BM
Ya TUHAN, hanya Engkau yang aku miliki, Engkau memberi aku segala keperluanku; nyawaku ada di dalam tangan-Mu. Sungguh indah pemberian-Mu kepadaku; betapa baiknya semua itu! Aku memuji TUHAN kerana Engkau membimbing aku, pada waktu malam suara hatiku mengajar aku. Aku sentiasa sedar akan hadirat TUHAN; Engkau ada di sampingku, tiada suatu pun dapat menggoncang aku. Demikianlah hatiku bersyukur dan gembira, dan aku selamat, kerana Engkau tidak akan membiarkan aku mati; orang yang Engkau kasihi tidak Kaubiarkan binasa. Jalan yang menuju kehidupan Engkau tunjukkan kepadaku; hadirat-Mu menggembirakan aku, dan sentiasa membahagiakan aku.